FacebookInstagramTwitterContact

 

Huawei Has Been Secretly Funding Research In America After Being Blacklisted           >>           NWSL Roundup: Barbra Banda Carries Pride Past Courage           >>           Australia International Alessandro Circati Gets Parma Promoted To Serie A           >>           Crew Beat Monterrey To Reach Concacaf Champions Cup Final           >>           Jadon Sancho's Stellar Play No Surprise To Dortmund Boss Terzic           >>           Tottenham Remain Uncertain On Timo Werner Future – Postecoglou           >>           Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week           >>           J&J Hopes For Deal With Third Talc Settlement           >>           Apple Working To Fix Alarming Iphone Issue           >>           Uber Faces £250m London Black Cab Drivers Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pacu Pendidikan Berteraskan Teknologi Terkini


Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 September 19th, 2023  |  08:17 AM  |   182 views

GADONG

 

Program Seeds for the Future 2023 (SFTF2023) yang dianjurkan oleh Huawei Technologies (B) Sdn Bhd dengan kerjasama Fakulti Teknologi Islam (FIT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dirasmikan pagi tadi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.

 

Majlis perasmian yang merupakan satu langkah penting dalam memajukan pendidikan berteraskan teknologi terkini di Brunei Darussalam itu disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Kehadiran Yang Berhormat Menteri disambut dan diiringi oleh Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu (Penolong Rektor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni); Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; CEO Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, Tong Wei Shiang; dan Dekan FIT, Profesor Dr. Haji Abd Hafidz bin Haji Omar.

 

Majlis turut dihadiri oleh Penolong-penolong Rektor UNISSA, Pegawai-pegawai Utama UNISSA, wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi, agensi, dan pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

 

Dalam ucapan aluan-aluan oleh CEO Huawei Technologies (B) Sdn Bhd, beliau memberikan penghargaan dan terima kasih kepada FIT, UNISSA terutamanya mantan Dekan, Dr. Dayang Hajah Tiawa binti Awang Haji Hamid kerana inisiatif beliau dapat bersama-sama menganjurkan program SFTF2023 selama lapan hari.

 

Tong Wei Shiang melihat potensi masa depan Brunei dalam pemodenan infrastruktur teknologi dan pengembangan ruang digital, yang mana beliau percaya bahawa tidak terlalu lewat untuk memperoleh pengetahuan baru, dengan harapan dapat menyumbang kepada ekonomi digital Brunei.

 

Beliau juga menyatakan bahawa ini adalah platform yang sangat baik bagi mereka yang ingin terlibat dalam industri teknologi, selain turut menekankan fokus Program Seeds for the Future ini, juga menawarkan pelajar peluang untuk meneroka inovasi teknologi, pertandingan global Tech4Good, dan pertukaran budaya dengan pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara.

 

Program tersebut mampu meningkatkan pengetahuan mereka dalam mengembangkan dan mengaplikasikan teknologi digital dan memberi mereka peluang untuk mempersembahkan idea-idea inovatif dalam projek yang dijalankan.

 

Menariknya, program berkenaan merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) global Huawei.

 

Sementara itu, dalam ucapan Dekan FIT, selaku pengerusi bersama SFTF2023, menyatakan Kerjasama antara FIT dan Huawei Technologies (B) Sdn Bhd telah dijalin menerusi perjanjian MoU pada awal tahun 2023, dengan beberapa aktiviti telah pun dijalankan secara berterusan sehinggalah ke program SFTF 2023 hari ini di mana usaha tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran dan pengetahuan teknologi terkini dari perspektif industri.

 

Program seumpama ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi yang sentiasa berubah dengan deras terutama mensiapsiagakan pelajar memasuki abad ke-21.

 

Kerjasama ini juga diharap akan memberikan perkembangan yang bermanfaat bagi generasi muda serta memberikan mereka pemahaman yang mendalam mengenai teknologi terkini, termasuk teknologi 5G, pengkomputeran awan (cloud computing), kecerdasan buatan (AI), robotik, pembelajaran mesin (ML) dan lain-lain lagi.

 

Program tersebut berlangsung selama lapan hari bermula hari ini dan termasuk 15 jam kursus yang disiarkan secara langsung serta akses kepada lebih daripada 40+ kursus dalam talian yang meliputi teknologi, inovasi, perbincangan mengenai topik-topik terkini, pertukaran budaya, dan penyertaan dalam projek Tech4Good.

 

Untuk pertama kalinya selepas pandemik, program ini telah membawakan mentor yang terdiri dari pakar-pakar untuk memberikan bimbingan dan interaksi secara langsung bersama pelajar-pelajar.

 

Selain itu, program itu juga bertujuan untuk memupuk bakat dan semangat dalam bidang ICT, serta menyumbang kepada kemajuan industri ICT tempatan.

 

Seramai 35 pelajar dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi di Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam program berkenaan.

 

Seperti menanam biji kecil untuk membesarkan pokok yang kuat, program ini dihasrat untuk memupuk bakat-bakat muda dalam bidang ICT yang memiliki kemahiran dan minat yang diperlukan untuk kejayaan dalam bidang teknologi pada masa depan.

 

Objektif program pula termasuk membangunkan bakat tempatan, berkongsi pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan semangat dalam sektor ICT, dan memupuk pembinaan komuniti digital.

 

Penyertaan dalam SFTF2023 adalah penting bagi kalangan pelajar pengajian tinggi yang bersemangat dan berhasrat untuk mengejar kerjaya dalam industri ICT.

 

Selain menawarkan peluang kepada peserta untuk mengenal pelbagai teknologi ICT yang sedang berkembang seperti 4G, 5G, IoT, AI, ML dan peluang pembelajaran yang berharga, pengalaman sedemikian juga membolehkan peserta mengatasi cabaran-cabaran dalam masyarakat melalui inovasi ICT yang berpotensi digunakan di negara ini.

 

Dengan itu, SFTF2023 berperanan sebagai platform untuk membangunkan individu yang berpendidikan dan sangat terlatih, sejajar dengan pengiktirafan antarabangsa tertinggi seiring dengan objektif Wawasan Brunei 2035 dan penerapan SDGs dalam kalangan peserta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06