FacebookInstagramTwitterContact

 

Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>           You Can Finally Use Passkeys To Sign Into Your Microsoft Account           >>           Huawei Has Been Secretly Funding Research In America After Being Blacklisted           >>           NWSL Roundup: Barbra Banda Carries Pride Past Courage           >>           Australia International Alessandro Circati Gets Parma Promoted To Serie A           >>           Crew Beat Monterrey To Reach Concacaf Champions Cup Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


3 Syarikat Dikenakan Denda Kompaun


 


 September 20th, 2023  |  07:49 AM  |   81 views

TEMBURONG

 

Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong melaksanakan Operasi Sepadu bersama Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Buruh, Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Kesihatan ke beberapa premis sekitar Daerah Temburong.

 

Hasil pemeriksaan daripada Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong mendapati sebanyak tiga buah syarikat dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan Perlanggaran Peruntukan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian Bab 12(1)(a), iaitu: kesalahan membuang dan melonggokkan sampah sarap dengan tidak teratur dan bukan di tempat yang dikhaskan.

 

Dua syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak BND500; manakala satu syarikat dikenakan denda sebanyak BND1,000.

 

Syarikat-syarikat berkenaan diberikan tempoh masa satu minggu untuk menjelaskan pembayaran kompaun serta diarahkan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

 

Jika gagal melaksanakan arahan, kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Rampaian Bab 12(1)(a), iaitu jika sabit kesalahan denda tidak melebihi BND1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi BND3,000 bagi kesalahan seterusnya dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

 

Daripada lawatan berkenaan, Jabatan Buruh mendapati satu kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 Bab 82, iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

 

Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua.

 

Bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun berkenaan, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

 

Sehubungan dengan itu, Jabatan Daerah Temburong ingin mengingatkan orang ramai dan para pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan mengenai isu kebersihan.

 

Tindakan berkenaan adalah langkah berterusan Jabatan Daerah Temburong agar semua pihak sama-sama mengambil perhatian dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar negara kita.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06