FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terokai Potensi Kerjasama Dalam Pelbagai Bidang


 


 September 20th, 2023  |  08:13 AM  |   106 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat (AS) ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland mengadakan lawatan ke Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) pagi tadi.

 

Ketibaan Puan Yang Terutama, dialu-alukan oleh Pengarah Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Awang Haji Ahmad.

 

Dalam lawatan berkenaan, kedua-dua pihak menyatakan hasrat untuk menerokai potensi kerjasama dalam bidang antaranya program latihan seperti bengkel-bengkel peningkatan kemahiran di dalam pelbagai aspek seperti pameran, konservasi, pemeliharaan, pengurusan, penyelidikan, penyebaran maklumat, pemasaran dan sebagainya.

 

Kedutaan AS ke NBD dan BKISHHB turut menyentuh mengenai potensi kolaborasi dalam kerjasama menganjurkan pelbagai program dan acara di peringkat negara mahupun serantau pada masa yang akan datang.

 

Dengan adanya perbincangan sedemikian, BKISHHB berharap perjanjian untuk kerjasama akan dapat dimeterai nanti sekali gus membolehkan BKISHHB meluaskan lagi rangkaian hubungan dengan institusi-institusi di AS yang mempunyai fungsi teras yang sama atau berkaitan.

 

Terdahulu, PYT memulakan lawatan dengan menandatangani lembaran kenangan diikuti dengan penyerahan cenderamata, seterusnya beredar ke galeri pameran dan kemudian meneruskan sesi perbincangan di Ruang Galeri Istimewa BKISHHB.

 

PYT disertai oleh Vice Commander, U.S. SEVENTH Fleet – Rear Admiral Joaquin J. Martinez de Pinillos yang berada di NBD untuk Program Eksesais dua hala Cooperation Afloat Readiness and Training Ke-29 bagi tahun 2023 (CARAT 29/2023) di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentera Laut AS (TLAS) dan United States Coast Guard (USCG).

 

Dalam lawatan berkenaan, rombongan Kedutaan AS juga berpeluang untuk berkunjung ke Galeri Rambut Mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang pada masa ini dibuka untuk kunjungan orang awam dari 17 hingga 28 September 2023.

 

Galeri Rambut Mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dibuka sempena menyambut dan memperingati Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Ia dibukakan untuk kunjungan orang awam dari 17 hingga 27 September 2023 manakala pada 28 September 2023, ia hanya dibuka dari jam 1.30 hingga 5.00 petang.

 

BKISHHB mempunyai sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan bahan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memfokuskan kepada ketamadunan Islam seperti koleksi mushaf daripada pelbagai negara, manuskrip Arab, Farsi dan Nusantara, tongkat, tasbih, serta koleksi fosil dan bahan artifak astronomi Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30