Home > Bahasa Melayu
Kertas Pembentangan ICBEF Terbaik Terima Anugerah
Foto: Azmah Haji Ahad
September 20th, 2023 | 08:24 AM | 111 views
TUNGKU LINK
Persidangan Antarabangsa mengenai Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan (ICBEF) Ke-4, yang telah berlangsung selama dua hari menutup tirainya petang tadi pada majlis yang diadakan di Bilik Senat, Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Pada majlis tersebut, anugerah disampaikan bagi kategori kertas-kertas terbaik dalam Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan serta Keusahawanan.
Bagi Kategori Perakaunan dan Kewangan, anugerah dimenangi oleh Rida Rosmawati dengan kertas kerja bertajuk 'Disclosure of Financial Information on Higher Education Accredited Websites in Indonesia'.
Sementara itu, Nabilah Jeffery yang membentangkan kertas kerja berjudul 'Exploring Unchartered Horizons : Unveiling New Challenges of Fashion Upcycling Enterprises and its Solution Across UK, US and Southeast Asia' memenangi anugerah dalam Kategori Keusahawanan.
Manakala, Mohammad Hadi Hazwan bin Dato Paduka Haji Haini memenangi anugerah Ekonomi dengan pembentangan 'Is gender an impediment to innovation? Evidence from Malaysian SMEs'.
Muhammad Abdus Salam pula memenangi anugerah Perniagaan dengan kertas kerja bertajuk 'Factors Affecting Mobile Payment Acceptance in Generation Z : An Analysis of the UTAUT Approach'.
Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin.
Persidangan pada hari kedua tersebut membentangkan sebanyak 28 kertas kerja yang merangkumi tema Prestasi dan Dinamik Organisasi di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT); Dasar dan Pembangunan Ekonomi; Industri dan Keusahawanan Halal; Inovasi dan Prestasi; Persekitaran, Sosial, dan Tadbir Urus; Transformasi Digital, Kecemerlangan dan Kelestarian Organisasi; juga Sistem Monetari dan Kewangan.
Persidangan berkenaan disokong oleh Fakulti Ekonomi dan Pendidikan Perniagaan, Universitas Pendidikan Indonesia (Indonesia); Fakulti Sains Pengurusan, Universiti Silpakorn (Thailand); Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Brunei Darussalam; Brunei Darussalam Central Bank (BDCB); BIBD Securities Sendirian Berhad; Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF), Sekretariat Perubahan Iklim Brunei; Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Sekretariat SDG, JPM; Brunei Methanol Corporation, Ghanim International Corporation dan BR-Kelvin Pong Services.
Maklumat lanjut mengenai persidangan itu boleh diperoleh di 'https://sbe.ubd.edu.bn/icbef2023/default.aspx'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]