FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Perhimpunan Sambutan Maulud Nabi Muhammad, 28 September Ini


 


 September 20th, 2023  |  08:31 AM  |   85 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, masyarakat Islam di negara ini khasnya dan penduduk Islam dunia amnya akan menyambut Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445 Hijrah.

 

Di Negara Brunei Darussalam yang majoriti penduduknya beragama Islam seperti lazimnya akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara besar-besaran bagi menyemarakkan dan menyebarkan lagi syiar Islam di negara ini di samping memperingati akan kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah.

 

Sehubungan dengan itu, Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah akan diadakan secara serentak di keempat-empat daerah dengan tumpuan utama di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, pada Khamis, 12 Rabiulawal 1445 Hijrah bersamaan 28 September 2023 Masihi, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, mulai jam 7.00 Pagi.

 

Di Daerah Tutong pula, sambutan akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong; Daerah Belait akan diadakan di Padang Bandaran, Jalan Sultan Kuala Belait; dan, Daerah Temburong akan diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong.

 

Sementara itu, latihan penuh bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah bagi Daerah Brunei dan Muara akan diadakan pada Selasa, 26 September 2023, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

Tema Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah ialah 'Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati'.

 

Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

 

Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam semoga mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48