FacebookInstagramTwitterContact

 

64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Dikir Sempena Maulud Nabi Diteruskan


Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 21st, 2023  |  08:09 AM  |   228 views

TUTONG

 

Kementerian Pendidikan melalui Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Jabatan Pengurusan Pendidik lewat petang ini mengadakan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bertempat di Masjid Ar-Rahim, Bukit Panggal, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Atur cara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan seterusnya bacaan Surah Al-Fatihah dan Dikir Alhamdu yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah yang diikuti dengan bacaan Dikir Marhaban, Doa Dikir serta Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan bagi sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari-hari kebesaran Islam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dengan jemaah masjid.

 

Selain itu, majlis juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana Sambutan Maulud dengan berselawat dan memuji ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi menunjukkan rasa kasih sayang terhadap jasa-jasa Baginda.

 

Turut hadir, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan serta Ahli-ahli Takmir Masjid dan penduduk sekitarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07