Home > Bahasa Melayu
Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hormat
September 21st, 2023 | 08:11 AM | 236 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned telah menerima kunjungan hormat dua Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik iaitu Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan Yang Terutama Kolonel (B) Pengiran Haji Kamal Bashah bin Pengiran Haji Ahmad dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Haji Roslan bin Haji Yacub, hari ini.
Kunjungan tersebut berlangsung di Pejabat Yang Berhormat Mufti Kerajaan di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan (JMK).
Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baru dilantik telah dikurniakan Surat Watikah Pelantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2023 yang lalu pada majlis yang berlangsung di Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]