FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Kesedaran, Atasi Stigma Penyakit Demensia


 


 September 21st, 2023  |  08:28 AM  |   230 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

• PENYAKIT Alzheimer adalah keadaan neurologi progresif yang menjejaskan ingatan, pemikiran, dan tingkah laku yang akhirnya dapat membawa kepada kemerosotan kognitif yang teruk dan kebergantungan.

 

• ANTARA faktor yang dikaitkan dengan perkembangan Demensia adalah faktor semula jadi seperti peningkatan usia dan juga faktor yang boleh diubah suai seperti amalan cara hidup.

 

 

Mengambi kira keperluan yang tinggi untuk memahami faktor risiko Demensia, Hari Alzheimer Sedunia disambut setiap tahun pada 21 September sebagai salah satu peluang penting untuk meningkatkan kesedaran, menangani salah tanggapan dan menggalakkan pemahaman tentang penyakit ini.

 

Pada tahun ini, Sambutan Hari Alzheimer Sedunia mempunyai tema 'Inda terlalu awal, Inda terlalu lambat' (Never Too Early, Never Too Late).

 

Tema ini menekankan peranan penting dalam mengenal pasti faktor risiko Demensia dan menggunapakai langkah pengurangan risiko yang proaktif untuk menangguh dan mencegah terjadinya Demensia dalam kalangan masyarakat.

 

Ini termasuk dalam melaksanakan strategi pengurangan risiko yang berterusan bagi individu yang telah menghidap penyakit Demensia. Hari Alzheimer Sedunia juga berfungsi sebagai satu platform untuk kerajaan, organisasi dan individu untuk bekerjasama dalam penyelidikan, pencegahan dan inisiatif penjagaan.

 

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan sempena Sambutan Hari Demensia / Alzheimer's Sedunia pada 21 September 2023 dengan tema 'Inda terlalu awal, inda terlalu lambat' (Never Too Early, Never Too Late).

 

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan 'majority' iaitu kira-kira 60-70 peratus kes penyakit Alzheimer adalah penyebab utama bagi Demensia. Penyakit Alzheimer adalah keadaan neurologi progresif yang menjejaskan ingatan, pemikiran dan tingkah laku yang akhirnya dapat membawa kepada kemerosotan kognitif yang teruk dan kebergantungan.

 

Walaupun umur adalah faktor risiko yang paling ketara, namun penyakit Alzheimer bukanlah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Genetik, faktor gaya hidup dan kesihatan keseluruhan juga boleh menyumbang kepada perkembangan penyakit ini.

 

Menurut Alzheimer's Disease International tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan, mengubah suai semua faktor risiko mungkin boleh menghalang atau menangguhkan 40 peratus  kes Demensia.

 

Statistik ini membuktikan bahawa pencegahan dan pengawalan di setiap peringkat individu, masyarakat dan persekitaran mempunyai potensi yang besar dalam mengurangkan risiko Demensia.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, di antara faktor yang dikaitkan dengan perkembangan demensia adalah faktor semula jadi seperti peningkatan usia dan juga faktor yang boleh diubah suai seperti amalan cara hidup.

 

Faktor risiko tersebut mempunyai ciri-ciri yang berhubung kait dengan penyakit Demensia dan ia boleh terjadi sebelum individu itu disahkan menghidap Demensia secara klinikal. Walau bagaimanapun, faktor risiko Demensia adalah berbeza di antara individu.

 

Yang Berhormat juga berkata walaupun kesedaran terhadap penyakit Demensia dan kesihatan otak semakin meningkat, namun, ia belum cukup kuat untuk mengukuhkan amalan pencegahan penyakit Demensia.

 

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko Demensia adalah seperti kekal aktif dengan melakukan kegiatan fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu; mengamalkan pemakanan yang sihat seperti makanan kaya dengan bijiran, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan kekacang; mencabar kecerdasan otak dapat membantu membina neuron otak baharu dan mengukuhkan hubungan antara neuron.

 

Selain itu, tambah Yang Berhormat, menikmati aktiviti sosial agar dapat merangsang kapasiti otak; menjaga kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah tinggi termasuk tidak merokok; dan mendapatkan saringan kesihatan dengan lebih awal juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan risiko Demensia dan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, dalam meningkatkan kebolehcapaian (accessibility) terhadap sistem kesihatan bagi semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan akan sentiasa memberikan rawatan yang berkualiti tinggi dan melaksanakan inisiatif pencegahan dan pengawalan yang lebih kos efektif mengenai Demensia.

 

“Pendekatan Whole of Society yang diterapkan dengan kerjasama pelbagai agensi di negara ini juga telah membuka peluang bagi Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap Demensia.

 

“Kementerian Kesihatan tidak kendur-kendur berganding bahu dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Demensia Brunei dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pengurangan risiko Demensia dan meningkatkan kemahiran penjagaan Demensia dalam kalangan pesakit dan penjaga mereka.

 

“Kementerian Kesihatan dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh negara dan juga Pertubuhan WARGAMAS telah menganjurkan banyak inisiatif untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga emas khususnya mengenai Demensia," terang Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Mengakhiri perutusan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menekankan bahawa dengan adanya komitmen yang padu daripada segenap lapisan individu dan masyarakat dalam sama-sama mencapai Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam mencapai matlamat yang kedua iaitu kualiti kehidupan yang tinggi, insyaaAllah semua rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam akan menikmati kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07