Home > Bahasa Melayu
Dikir Maulud Terus Disemarakkan
Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas
September 21st, 2023 | 08:36 AM | 312 views
TUNGKU LINK
Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Berdikir bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Majlis berkenaan dianjurkan dengan kerjasama pihak pengurusan masjid UBD.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Syarafil Anam oleh rombongan pendikir daripada Kementerian Kesihatan diketuai oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Awang Haji Norasilin bin Haji Puting.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; ketua-ketua jabatan, berserta para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Marlinawaty Hussin
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]