Home > Bahasa Melayu
Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil Sempena Hari Guru
Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
September 21st, 2023 | 08:40 AM | 292 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam Diraja, hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2023.
Majlis tersebut adalah khusus bagi ayahanda, bonda dan anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
Turut hadir, Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim serta Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad dan Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.
Majlis juga dihadiri oleh Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd. Salleh serta Ketua-ketua Jabatan dan para pegawai kanan KHEU dan Kementerian Pendidikan.
Bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai bagi majlis ini dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Saufi bin Haji Suhaini yang mengepalai bacaan Tahlil dan Doa Arwah.
Seramai 300 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai termasuk guru-guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU hadir pada majlis berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]