FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


RB Terima Penarafan Lima Bintang APEX


 


 September 22nd, 2023  |  11:35 AM  |   82 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Royal Brunei Airlines (RB) telah dianugerahkan oleh Airline Passenger Experience Association (APEX) - Penarafan Lima Bintang bagi Kategori Major Airline.

 

Anugerah tersebut disampaikan kepada pembawa bendera negara baru-baru ini, pada majlis penganugerahan yang diadakan di Long Beach, California, Amerika Syarikat.

 

Menerima anugerah tersebut bagi pihak RB ialah Pemangku Ketua Pegawai Operasi RB, Haji Badarudin Haji Bagol.

 

Anugerah APEX Five Star Airline dan Four Star Airline berdasarkan kepada maklum balas neutral penumpang pihak ketiga dan pandangan yang dikumpulkan melalui kerjasama APEX dengan Tripit® daripada Concur®, aplikasi penganjur perjalanan yang dinilai tertinggi di dunia.

 

Bagi anugerah 2024, hampir satu juta penerbangan diberi penarafan oleh penumpang keseluruhan lebih daripada 600 syarikat penerbangan dari seluruh dunia menggunakan skala lima bintang.

 

Anugerah syarikat penerbangan lima bintang APEX dan anugerah syarikat penerbangan empat bintang diperakui secara bebas oleh sebuah syarikat pengauditan luaran profesional.

 

"RB benar-benar teruja dan amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij lima bintang ini daripada APEX, menyertai liga eksklusif Elite Airlines di seluruh dunia. Falsafah perkhidmatan kami berkisar kepada menyampaikan kecemerlangan yang disertakan dengan layanan mesra rakyat Brunei.

 

“Anugerah ini menekankan dedikasi kami untuk berusaha sedaya upaya setulus hati. Ia adalah bukti kepada usaha luar biasa yang berterusan dari pasukan RB, sama ada di udara dan darat, di Negara Brunei Darussalam dan luar negara.

 

“Kami mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas, kepada penumpang yang dihargai atas sokongan dan pengiktirafan mereka dan ucapan terima kasih yang ikhlas dari saya, kepada seluruh pasukan RB atas kerja mereka yang tidak kenal penat lelah, yang telah membuka jalan kepada kita untuk mencapai penarafan APEX yang berprestij itu," kata CEO RB, Kapten Sabirin Haji Abd Hamid.

 

"Dengan memaksimumkan jumlah pesawat mereka yang hanya lebih sedozen dengan reka bentuk dan perkhidmatan terbaik, RB mempamerkan apa yang dimaksudkan untuk mencapai kecemerlangan penerbangan, sebagai APEX Five Star Major Airline 2024," ujar Ketua Pegawai Eksekutif APEX, Dr Joe Leader.

 

"Daripada ruang kabin kelas perniagaan Boeing 787 Dreamliner mereka kepada perhatian teliti terhadap keselesaan penumpang, setiap perincian yang difikirkan wajar. Tempat duduk kelas perniagaan mereka, yang menawarkan permukaan 11% lebih besar daripada kebanyakan katil dalam penerbangan, memastikan pelancong tiba di destinasi percutian mereka dan diberi nafas baharu.

 

“Pengalaman menjamu selera dalam penerbangan RB, mengingatkan kepada sebuah restoran mewah, ditambah dengan sistem hiburan Panasonic Ex2 yang canggih, memastikan penumpang tenang dan puas sepanjang perjalanan mereka.

 

“Bagi pihak APEX, saya mengucapkan tahniah kepada RB kerana komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan penumpang dan menerima pencapaian luar biasa ini dalam penerbangan," tambah beliau.

 

RB pertama kali menerima anugerah APEX FIVE Star Major Airline pada 2019.

 

Semasa pandemik, RB menerima penarafan tujuh bintang daripada 'airlineratings.com', mencerminkan dedikasi syarikat penerbangan RB untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi, di samping tidak berkompromi dengan kesihatan dan keselamatan penumpang kami.

 

Sejak itu, RB memulakan perjalanan pertumbuhan yang strategik dengan pelancaran semula penerbangan kami, mencerminkan komitmen kami untuk terus meningkatkan perkhidmatan dan menyediakan pilihan perjalanan yang lebih mudah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07