FacebookInstagramTwitterContact

 

Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Brunei International Wushu Championship, Afternoon           >>           Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi SAKAT Dapati Kesalahan Di Bawah Akta Imigresen


 


 September 22nd, 2023  |  11:41 AM  |   85 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Bandar Seri Begawan, baru-baru ini, menjalankan Operasi SAKAT JIPK 126 / 2023, yang menyasarkan sebuah rumah di kawasan Mukim Gadong 'A'.

 

Semasa operasi tersebut, seorang lelaki warga asing telah diperiksa dan hasil daripada operasi tersebut, warga asing itu telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK atas kesalahan di bawah Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17 iaitu masuk ke negara ini setelah diusir.

 

Sementara itu, dalam operasi kedua yang menyasarkan sebuah rumah di Kawasan Mukim Pengkalan Batu, melalui hasil pemeriksaan mendapati seramai empat orang lelaki warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK atas beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17.

 

Dua orang di antaranya gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah, seorang dipercayai melakukan kesalahan di bawah bab 15(1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa dan seorang lagi melakukan kesalahan di bawah Bab 36 Akta Imigresen Penggal 17 iaitu masuk ke negara ini setelah diusir.

 

Kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh dikenakan penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga kali sebatan.

 

Tindakan seterusnya, pas kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini, dan mereka boleh disenaraihitamkan untuk tidak dibenarkan lagi bekerja di Negara Brunei Darussalam.

 

JIPK mengingatkan kepada orang ramai mana-mana majikan mengambil pesalah Imigresen boleh dikenakan denda sebanyak BND3,000 bagi setiap seorang pesalah Imigresen.

 

Manakala, kesalahan bagi warga asing yang disenarai hitam atau masuk ke negara ini setelah diusir boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun dan denda sebanyak BND6,000, seterusnya akan diusir ke negara asal.

 

Sehubungan itu, aktiviti penguatkuasaan di negara ini akan dipertingkatkan dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara bersendirian atau bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain.

 

Sementara itu, pihak penguatkuasaan mengingatkan kepada orang ramai bahawa memberi pekerjaan atau menggaji mana-mana pesalah Imigresen adalah menjadi kesalahan di mana boleh diambil tindakan undang-undang.

 

Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut, pihak JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen.

 

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya, dengan menghubungi menerusi Talian Hotline JIPK +673 8734888 atau +673 8753888.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07