FacebookInstagramTwitterContact

 

Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>           Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Amalkan Aktiviti Perniagaan Beretika


 


 September 22nd, 2023  |  11:44 AM  |   72 views

TUTONG

 

Tiga buah premis perniagaan secara keseluruhan telah didapati gagal mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 serta Akta Sukatan dan Timbangan 1983, Penggal 151 semasa pemeriksaan bersepadu bulanan yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) bersama Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di premis-premis perniagaan di Daerah Tutong, baru-baru ini.

 

JPES melalui Jabatan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan satu Notis Amaran di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 kepada Syarikat Yashfeen Sdn. Bhd. kerana tidak mempamerkan tanda harga bagi beberapa barangan yang dijual di dalam premis perniagaan.

 

Sementara itu, pihak Unit SDT mendapati sebanyak 19 unit alat sukat dan timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan.

 

Namun demikian, sebanyak tiga buah syarikat iaitu Syarikat Mahamas Sdn. Bhd.; Syarikat Yashfeen Sdn. Bhd.; dan Syarikat Ya Nur Trading Company Sdn. Bhd. dikeluarkan Notis Peringatan atas kesalahan tidak mempamerkan tanda berat ke atas barang-barang berbungkus selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Ceraian 7 hingga 9.

 

Pihak pengurusan dan pekerja-pekerja pembungkus telah diarahkan untuk meletakkan tanda berat ke atas barang-barang berbungkus dengan serta merta dan para pegawai Unit SDT turut memberikan tunjuk ajar tatacara membungkus dan menimbang dengan betul.

 

Pemeriksaan bersepadu bulanan merupakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, serta Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 dalam usaha bagi memastikan amalan perniagaan yang beretika dan boleh menyumbang kepada mewujudkan iklim perniagaan yang sihat dan mampan.

 

Para peniaga disarankan untuk sentiasa memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mematuhi semua perundangan yang sedia ada termasuk Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151.

 

Kepatuhan para peniaga melalui mengamalkan amalan perniagaan yang beretika dan wajar adalah penting bagi membantu membina penggunaan domestik yang berdaya tahan dan merangsang pertumbuhan perekonomian domestik negara.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi JPES melalui Talian Darussalam 123 atau aplikasi PenggunaBijak, dan Unit SDT melalui e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07