FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Kesedaran Mengenai Penyakit Buah Pinggang


Foto: Azmah Haji Ahad

 


 September 22nd, 2023  |  12:03 PM  |   67 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) sentiasa komited dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit buah pinggang.

 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Perkhidmatan Renal, Awang Abdul Mu'iz bin Haji Ibrahim menjelaskan bahawa di NBD, jumlah pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang pada peringkat akhir atau End Stage Kidney Disease kekal berada pada tahap yang tinggi.

 

“Antara punca utama penyakit buah pinggang di NBD adalah menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi," ujarnya pada Sesi Ketiga Forum Kesihatan dan Pameran Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua sempena Hari Buah Pinggang Sedunia Tahun 2023.

 

Menurut Pendaftaran Dialisis dan Pemindahan Buah Pinggang bagi NBD jelasnya, pada tahun 2021 dan 2022, masing-masing merekodkan seramai 235 dan 192 kematian pesakit buah pinggang peringkat akhir.

 

Selain itu, tambahnya, pada tahun 2022 sahaja, jumlah keseluruhan pesakit buah pinggang pada peringkat akhir meningkat dengan sangat ketara iaitu seramai 913 orang di mana seramai 211 pesakit buah pinggang adalah kes baharu.

 

“Secara purata, peningkatan kira-kira 28 orang pesakit dari tahun ke setahun direkodkan di NBD," ujarnya pada forum yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

Forum Kesihatan disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Pakar Bersekutu, Jabatan Perkhidmatan Renal, Dr. Lim Yee Yin; Pesakit Renal, Awang Mohd. Jafni bin Haji Mohd. Hussain dan Jururawat Renal, Dayang Maswinda Sari binti Haji Zainal.

 

Taklimat tersebut dihadiri oleh seramai 200 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

Taklimat dan jerayawara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang serta masalah yang berkaitan dengannya.

 

Jabatan Perkhidmatan Renal, Kementerian Kesihatan juga berhasrat untuk mengadakan beberapa sesi taklimat untuk kementerian-kementerian yang lain pada bulan Oktober yang akan datang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30