Home > Bahasa Melayu
Permohonan Kurnia Tambang Menunaikan Fardu Haji dibukakan
September 22nd, 2023 | 12:11 PM | 73 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menerusi Jabatan Urusan Haji sukacita ingin memaklumkan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa Permohonan Kurnia Tambang Menunaikan Fardu Haji Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi telah pun dibukakan sebagaimana Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 05/2023.
Sehubungan dengan itu, dimaklumkan juga bahawa semua permohonan hendaklah dihadapkan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah sampai ke Jabatan Urusan Haji, KHEU, Negara Brunei Darussalam tidak lewat dari Isnin, 20 November 2023 bersamaan 6 Jamadilawal 1445H.
Oleh yang demikian, pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk mendapatkan borang Permohonan Kurnia Tambang Menunaikan Fardu Haji Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi bolehlah memuat turun melalui laman sesawang Jabatan Urusan Haji 'www.juh.gov.bn' atau datang ke Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, KHEU, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam atau Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong, pada hari-hari bekerja, iaitu mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan sebelah petang dari jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]