FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersama Tangani Isu Hal Ehwal Pekerjaan


Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 22nd, 2023  |  12:14 PM  |   79 views

TUTONG

 

Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai penubuhan serta fungsi, peranan dan inisiatif-inisiatifnya, Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri (JPM) meneruskan lagi Program Akar Umbi Ke-3 tertumpu di Daerah Tutong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad.

 

Program turut dihadiri oleh penghulu-penghulu mukim, pemangku penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan Pemangku Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong.

 

Memulakan majlis, Pemangku Ketua Sekretariat Tetap MPEC, Dayang Hajah Noraini binti Haji Mohamad Jamudin dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan tujuan program tersebut dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak kampung terutama sekali yang berkaitan dengan hal ehwal pekerjaan.

 

Program ini, katanya, diharap akan dapat memupuk persefahaman, bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan lagi silaturahim bersama penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung selaku pemimpin akar umbi, sebagai usaha sama membantu anak-anak kampung untuk menjadi lebih 'employable', 'marketable' dan meningkatkan kemahiran.

 

“Menurut Kajian Tenaga Kerja bagi Tahun 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kadar pengangguran meningkat sedikit daripada 4.9 peratus pada tahun 2021 kepada 5.2 peratus pada tahun 2022.

 

“Walau bagaimanapun, kadar tersebut lebih rendah berbanding kadar pengangguran (7.3 peratus) pada tahun 2020. Bagi menangani isu pekerjaan, kerjasama melalui Pendekatan Senegara (Whole of Nation) dan Seluruh Kerajaan (Whole of Government) adalah sangat diperlukan," tambahnya.

 

Sekretariat Tetap MPEC melalui JobCentre Brunei (JCB) juga telah melaksanakan inisiatif Satellite Office iaitu membukakan kaunter dan perkhidmatan JCB secara berkala di daerah-daerah, bagi membolehkan para pencari kerja mengakses secara langsung perkhidmatan-perkhidmatan seperti pendaftaran akaun pencari kerja, konsultansi pemadanan kerja (job matching), penulisan CV, tatacara temu duga serta menawarkan peluang-peluang latihan kemahiran.

 

Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung atas penglibatan yang berterusan untuk mencapai Matlamat 1, Wawasan Brunei 2035 iaitu menjadikan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Atur cara diteruskan dengan taklimat mengenai Sekretariat Tetap MPEC serta perkhidmatan JCB, masing-masing disampaikan oleh Dayang Khairunnisa Nadiah binti Abdul Ghani dan Dayang Qairawani binti Haji Yacob.

 

Program yang berlangsung di kediaman rasmi Pegawai Daerah Tutong tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hernie Suliana Haji Othman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30