FacebookInstagramTwitterContact

 

Joe Biden Warns Of 'Ferocious Surge' Of Antisemitism In US           >>           John Steenhuisen: The Man Vowing To 'Rescue' South Africa With The DA           >>           Blood Donation Campaign           >>           'Operasi Kabat'           >>           Seoul International Travel Fair           >>           Leaves for Republic Of Singapore           >>           Hari Raya Goodwill Visit           >>           Media Conference on Voting and Election for Village Head Candidates           >>           ICT Workshop           >>           Express Mail Service Cooperative Customer Care Award           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Taklimat Terangkan Format Perarakan, Perbarisan Maulud Nabi


Foto: Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 September 22nd, 2023  |  12:18 PM  |   77 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) akan mengadakan Perhimpunan dan Perarakan bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah serentak di keempat-empat daerah pada Khamis, 12 Rabiulawal 1445 Hijrah bersamaan 28 September 2023 Masihi.

 

Tahun ini, sejumlah 87 pasukan dengan 5,000 peserta dijangka akan mengimarahkan sambutan dengan menumpukan kemuncak acaranya seperti lazimnya di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

Sehubungan itu, bagi melancarkan lagi Majlis Perhimpunan dan Perarakan itu nanti, satu taklimat dan perjumpaan berhubung dengan sambutan berkenaan telah diadakan bersama wakil ketua-ketua pasukan bertempat di Dewan Multaqa, Lantai Bawah, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini.

 

Perjumpaan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan dan Perarakan bagi Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1445 Hijrah, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, selaku wakil peribadi Setiausaha Tetap, Awang Haji Hardifadillah binti Haji Mohd. Salleh yang antara lain menyeru untuk sama-sama memeriahkan acara sambutan, di samping memastikan ia berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

Agensi-agensi yang hadir memberikan taklimat terdiri daripada Jabatan Adat Istiadat Negara; Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Kementerian Kesihatan; Jabatan Bandaran; Bahagian Kenderaan dan Pengangkutan; Penghakiman Perbarisan dan Perarakan dan Urusetia.

 

Tahun ini, perhimpunan, perarakan dan perbarisan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Pasukan-pasukan Beruniform; Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan; Sekolah-sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi; Persatuan-persatuan, NGO dan Sektor Swasta dan Kampung-kampung, Majlis Perundingan Kampung dan Takmir Masjid.

 

Taklimat juga menerangkan format perarakan dan perbarisan kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian semasa perhimpunan tersebut.

 

Menerusi taklimat itu, wakil ketua-ketua pasukan akan dapat mengambil perhatian mengenai perkara-perkara yang berbangkit, bagi memastikan perjalanan perhimpunan dan perarakan pada tahun ini akan berjalan lancar dan sempurna seperti yang dihasratkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56