Home > Bahasa Melayu
KHEDN Adakan Majlis Dikir
Foto: Hernie Suliana Haji Othman
September 22nd, 2023 | 12:34 PM | 84 views
BELAIT
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya meneruskan lagi Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah bertempat di Masjid Kampung Sungai Teraban.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.
Atur cara terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh tetamu kehormat, diikuti bacaan Dikir Assalamu'alaika, Dikir Alhamd dan Dikir Marhaban beramai-ramai.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Imam Masjid Sungai Teraban, Awang Md. Nor Islam bin Md. Suria.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Hernie Suliana Haji Othman
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]