Home > Bahasa Melayu
Dikir Syarafil Anam sempena Maulud Nabi
Foto: Mohmmad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
September 22nd, 2023 | 12:51 PM | 200 views
TUNGKU
Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya malam tadi mengadakan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam.
Hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Sebelumnya, Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan Majlis Persembahan Dikir di Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku/Katok pada Selasa, 19 September 2023.
Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di samping bagi mengenang jasa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah diselenggarakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]