FacebookInstagramTwitterContact

 

Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPM Semarakkan Lagi Sambutan Maulud Nabi


Foto: Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 September 22nd, 2023  |  13:00 PM  |   202 views

LUMUT

 

Bagi sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun ini, di samping mengenang jasa dan pengorbanan Baginda dalam menyebarkan syiar agama Islam serta bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini meneruskan lagi Majlis Dikir Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Masjid Zainab Lumut Daerah Belait, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

 

Turut hadir, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dipimpin oleh Imam Masjid Zainab Lumut, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Dikir Assalamualaika serta Dikir Syarafil Anam daripada Kumpulan Dikir Radio Televisyen Brunei dan JPM.

 

Kemudian majlis diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diikuti Persembahan Dikir Marhaban, bacaan doa memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar negara akan terselamat daripada bala bencana dan segala jenis penyakit serta bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis diakhiri dengan penyerahan sumbangan wakaf oleh tetamu kehormat kepada wakil Masjid Zainab.

 

Rombongan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya akan meneruskan lagi Majlis Dikir Maulud ke Masjid Batu Apoi, Daerah Temburong pada 25 September 2023.

 

Majlis ini dikendalikan bersama Pejabat Wawasan Brunei dan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dengan kerjasama Jabatan Radio Televisyen Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07