FacebookInstagramTwitterContact

 

US Army Sergeant Arrested In Russia Accused Of Theft           >>           Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India           >>           Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ghanim Terima Anugerah ASEAN Inclusive Business


 


 September 23rd, 2023  |  06:38 AM  |   218 views

BALI, INDONESIA

 

Ghanim International Corporation Sdn. Bhd. (Ghanim) baru-baru ini diumumkan sebagai salah satu penerima Anugerah ASEAN Inclusive Business (IB) yang berprestij di Sidang Kemuncak Perniagaan Inklusif ASEAN Ke-6 yang diadakan di Bali, Indonesia.

 

Malam gala anugerah yang diadakan pada 23 Ogos lalu turut dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan dan pembuat keputusan dalam sektor perniagaan dan kewangan ASEAN serantau.

 

Menteri Koperasi dan SME (MenKopUKM) bagi Indonesia, Teten Masduki, hadir selaku tetamu terhormat pada malam gala berkenaan.

 

Hadir mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD) ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi,  Dr. Dayang Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin.

 

Di majlis berkenaan, sebanyak 10 perniagaan daripada 10 negara ASEAN, termasuk Ghanim International Corporation yang juga mewakili NBD bagi menerima anugerah IB berkenaan.

 

Anugerah ASEAN IB diberikan kepada syarikat-syarikat yang menunjukkan amalan-amalan perniagaan inklusif yang dapat dicontohi.

 

Anugerah bagi negara-negara ASEAN berkenaan adalah bukti dedikasi, inovasi dan usaha kolektif negara-negara ASEAN, yang mendorong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah masa depan yang lebih inklusif dan makmur.

 

Ditubuhkan pada 2009, Ghanim International Corporation terlibat secara aktif dengan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) termasuk perniagaan-perniagaan berasaskan rumah secara langsung atau di bawah inisiatif Satu Kampung Satu Produk (1K1P) bagi pembangunan, pengeluaran dan pemasaran pelbagai produk buatan NBD untuk pasaran tempatan dan antarabangsa di bawah jenama bruneihalalfoods.

 

Pada 2020, semasa pandemik COVID-19, Ghanim menubuhkan Kempen Beli Produk Tempatan (BLPC), kemudian dinamakan semula sebagai Pusat Produk Keluaran Tempatan Brunei dengan sokongan Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Darussalam Enterprise (DARe) dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, yang merupakan satu inisiatif untuk menyokong petani dan peladang NBD, sebagai tindak balas kepada penutupan sementara beberapa pasar, untuk memastikan pendapatan petani tempatan dan pengusaha pasar tidak terjejas teruk oleh pandemik, dan untuk menyokong dan menstabilkan harga hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan; di samping menggalakkan kesinambungan, dalam pertanian tempatan pada masa yang mencabar.

 

Pada 2021, Ghanim menubuhkan The Junction sebagai program pembangunan runcit dalam menyediakan platform bagi penyertaan perniagaan tempatan, kepada industri runcit dan tambahan pula bagi produk tempatan, untuk mendapat akses kepada pasaran.

 

Pelancaran The Junction berkenaan menandakan satu peristiwa penting sebagai kedai runcit pertama, yang dimiliki sepenuhnya dan dikendalikan oleh rakyat tempatan. Pada masa ini, terdapat lebih lima cawangan di seluruh NBD.

 

Pada 2023, Ghanim memulakan operasi Kemudahan Pemprosesan Pembangunan Industri Makanan Brunei (BFID), dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada pembangunan industri makanan NBD, dengan membangunkan kapasiti yang lebih besar bagi pengeluaran makanan tempatan, meningkatkan eksport dan menyediakan platform bagi PMKS tempatan untuk berkembang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim, Dr. Nur Rahman, berkongsi rasa terima kasih dan penghargaan kepada pasukan Ghanim, pengurusan, Lembaga Pengarah, rakan kongsi PMKS dan rakan kongsi lain atas sokongan berterusan, dedikasi dan kerja keras mereka dalam menyumbang kepada usaha mencapai matlamat negara dan komersial yang ditetapkan syarikat berkenaan.

 

"Kami berharap dapat terus memberi inspirasi kepada peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat di seluruh NBD dan ASEAN, untuk mengamalkan dan melaksanakan amalan-amalan perniagaan yang inklusif dan mampan.

 

"Bekerja dengan PMKS menjadi satu komitmen dan peluang bagi Syarikat Ghanim sejak penubuhannya. Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini, dalam usaha kami untuk terus melibatkan diri secara proaktif dengan PMKS ke dalam rantaian nilai kami, dan kami berharap dapat terus menyumbang, untuk merealisasikan objektif negara bagi kepelbagaian ekonomi dan menjadi pemacu bagi jaminan dan eksport makanan," ujar Dr. Nur Rahman.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07