Home > Bahasa Melayu
BMC Komited Membantu Komuniti
September 23rd, 2023 | 06:41 AM | 214 views
KUALA BELAIT
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tahunan, Brunei Methanol Company Sdn. Bhd. (BMC) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait mengadakan Kempen Derma Darah, hari ini.
Kempen yang dikelolakan oleh Bahagian Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Persekitaran, BMC ini adalah selaras dengan komitmen berterusan BMC dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.
Dengan mendukung slogan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 iaitu 'Derma Darah, Derma Plasma, Derma Berterusan, Demi Kehidupan', kempen ini menekankan lagi tanggungjawab setiap individu dalam memberikan bantuan kepada para pesakit yang memerlukan.
Kempen tersebut membuktikan dedikasi BMC dalam memberikan impak yang positif dan komited untuk meneruskan usaha dalam membantu mereka yang memerlukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]