FacebookInstagramTwitterContact

 

Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>           Tottenham Will Be More Competitive Next Season – Richarlison           >>           How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'           >>           Heineken To Reopen More Than 60 Closed Pubs           >>           Rachel Reeves: Government Gaslighting People Over State Of Economy           >>           Qantas Agrees Payouts Over 'Ghost Flights'           >>           Israel Gaza: Hamas Says It Accepts Ceasefire Proposal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cuaca Aktif Sehingga 25 September


 


 September 23rd, 2023  |  06:43 AM  |   236 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam pada masa ini berada di penghujung Monsun Barat Daya, di mana angin Barat Daya masih dominan.

 

Walau bagaimanapun, keadaan cuaca masih diramalkan aktif untuk beberapa hari akan datang disebabkan oleh kehadiran sistem tekanan rendah yang berdekatan dengan negara kita.

 

Ia menyebabkan keadaan atmosfera lembap dan seterusnya meningkatkan pembentukan awan-awan hujan.

 

Stesen Pencerapan Cuaca, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah merekodkan turunan hujan sejumlah 60.0mm pada Khamis, 21 September 2023.

 

Manakala sejak 1 September hingga kelmarin, jumlah hujan yang telah direkodkan adalah 537.6mm.

 

Jumlah tersebut telah mencapai jumlah turunan hujan melebihi di atas normal, yang mana jumlah normal bagi bulan September (1991-2020) adalah 235.1mm.

 

Keadaan cuaca aktif masih berpotensi berlaku pada hari ini, 22 September 2023 sehingga Isnin, 25 September 2023, dengan hujan lebat berpetir sekali-sekala dijangka menjejaskan kebanyakan kawasan negara.

 

Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 45kmsj semasa atau dekat hujan lebat berpetir.

 

Keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit, di bawah 1.0meter.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

 

Terdapat risiko tinggi berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat yang berterusan dan semasa kejadian air pasang.

 

Kejadian pokok tumbang dan tanah susur juga boleh berlaku semasa hujan lebat dan keadaan berangin.

 

Orang ramai, para pemandu di jalan raya dan juga para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat dan amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan yang bersesuaian untuk keselamatan semua.

 

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

 

Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami iaitu Brunei WX, kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

 

Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang 'www.met.gov.bn' atau melalui laman Facebook (@bruneiweather), Instagram (@brunei.weather) dan saluran Telegram kami (Brunei Weather).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30