FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


40 Pemenang Bertuah BIBD Aspirasi 5 Reward Campaign


Foto: Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 September 23rd, 2023  |  06:46 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai lima pemenang berjaya membawa pulang hadiah berjumlah BND10,000 setiap seorang menerusi cabutan suku tahun ketiga Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Aspirasi 5 Reward Campaign, hari ini.

 

Sementara itu, seramai 35 pemenang lain juga turut memenangi hadiah wang tunai berjumlah BND1,000 yang merupakan sebahagian daripada cabutan bulan kesembilan kempen berkenaan.

 

Penyampaian hadiah yang diadakan petang tadi di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) di ibu negara berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Dayang Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar.

 

Program BIBD Aspirasi yang kini dalam kitaran kelima telah pun memberikan ganjaran kepada 1,700 pemenang dengan jumlah kemenangan hampir BND3.7 juta sejak ia mula ditubuhkan.

 

Pemenang dipilih daripada kumpulan pelanggan yang melanggan BIBD Aspirasi dengan tempoh pegangan minimum 90 hari.

 

Cabutan sijil kelayakan mereka dibuat seminggu sebelum dan cabutan berasingan hari ini menentukan bagi pemenang bulanan dan suku tahunan.

 

Kedua-dua cabutan berkenaan disaksikan oleh wakil dari Bahagian Syariah dan Pematuhan dan Syariah BIBD (BIBD's Shariah and Compliance) untuk memastikan prosiding dijalankan dengan adil.

 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah para kakitangan BIBD serta ahli jawatankuasa kerja.

 

Program BIBD Aspirasi diperkenalkan untuk menjadikan disiplin penjimatan lebih mudah, mudah diakses dan lebih senang kerana langganan dan penebusan boleh dibuat terus melalui aplikasi mudah alih BIBD NEXGEN Wallet.

 

Untuk menggalakkan simpanan jangka panjang dan pengurusan kewangan, objektif jangka panjang BIBD adalah untuk memastikan pelanggan terus menyimpan dan menyasarkan kebebasan kewangan.

 

Untuk melayakkan diri bagi cabutan ganjaran, pelanggan dikehendaki mengekalkan tempoh minimum pegangan selama 90 hari, dengan deposit minimum pegangan sebanyak BND50 untuk keseluruhan tempoh program.

 

BIBD Aspirasi adalah sebahagian daripada aspirasi bank sebagai rakan kongsi jangka panjang ke arah membina asas kewangan yang kukuh dan celik kewangan yang lebih tinggi dalam kalangan orang awam, melalui galakan dan memberi insentif kepada amalan menabung. Ini adalah selaras dengan komitmen BIBD ke arah kemapanan dan kesejajaran dengan Maqasid Syariah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abd. Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07