Home > Bahasa Melayu
Terima Islam Sebagai Pegangan Hidup
Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
September 23rd, 2023 | 06:49 AM | 236 views
GADONG
Dengan rela hati dan tanpa paksaan, seorang lelaki berbangsa Calicagan, Dorel Relu Iftimie, 36 tahun memilih dan mengakui Islam adalah sebaik dan sebenar-benar agama sebagai pegangan hidup.
Dengan melafazkan dua kalimah syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Kampung Mata-Mata petang tadi, kini beliau dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Za'in Iftimie bin Abdullah.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.
Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, yang kemudian diikuti dengan lafaz ikrar dua kalimah syahadah yang disempurnakan di hadapan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI.
Majlis juga turut diserikan dengan Dikir Marhaban dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Sejak awal tahun hingga Ogos 2023, PDI telah mencatatkan seramai 273 orang yang telah memeluk agama Islam.
Dari jumlah tersebut, 141 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara, 67 orang adalah dari Daerah Tutong, 57 orang dari Daerah Belait dan lapan orang dari Daerah Temburong.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Khartini Hamir
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]