FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tandatangani Perjanjian Pengeksportan Ke Sabah


 


 September 23rd, 2023  |  06:56 AM  |   326 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) melalui Darussalam Enterprise (DARe) mengumumkan bahawa tiga syarikat Negara Brunei Darussalam telah menandatangani perjanjian untuk mengeksport ke Sabah berikutan penyertaannya dalam Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE).

 

PDS Abattoir Sdn. Bhd. (PDS), Royal Brunei Culinary Sdn. Bhd. (RBC), dan BMC Food Industries (B) Sdn. Bhd. (BMC) mengadakan majlis menandatangani perjanjian baru-baru ini, di Pavilion Brunei di SIE, disaksikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Tuan Phoong Jin Zhe; Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, selaku Ahli Lembaga Pengarah BEDB dan DARe; dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BEDB dan DARe, Daniel Leong.

 

Perjanjian bagi syarikat Brunei untuk memasuki pasaran Sabah adalah seperti Perjanjian Pengedaran antara PDS Abattoir Sdn. Bhd. dan Jetsin Sdn. Bhd. bagi penjualan produk daging diproses oleh PDS; Perjanjian Pengedaran antara BMC Food Industries (B) Sdn. Bhd. dan Jetsin Sdn. Bhd. untuk daging diproses bukan tin dan 'corned beef' BMC; Perjanjian Pengedaran antara BMC Food Industries (B) Sdn. Bhd. dan Moh Heng Sdn. Bhd. untuk produk BMC dan produk 'corned beef' TGT; dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara RBC Sdn. Bhd. dan Jetsin Sdn. Bhd. bagi pembekalan produk makanan sejuk beku RBC.

 

Jetsin Sdn. Bhd. ialah pengedar dan peruncit dari Sabah, dengan rangkaian bekalan yang luas yang meliputi beberapa pasar raya, hotel dan rangkaian restoran terbesar di negara ini.

 

Sementara itu, Syarikat Moh Heng Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat pengedar terbesar di Malaysia Timur yang khusus bagi barangan pengguna yang bergerak pantas.

 

Bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, PDS dan RBC, kedua-duanya di bawah bidang kuasa Darussalam Assets (Sdn Bhd), perjanjian mereka adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas, untuk menyumbang kepada jaminan makanan negara, membangunkan produk tempatan pengganti produk import, dan meningkatkan eksport produk tempatan, bagi menyokong objektif kebangsaan Wawasan 2035 mengenai kepelbagaian ekonomi.

 

Daniel Leong berkata, DARe komited untuk membantu perusahaan-perusahaan Brunei dengan sokongan KSSUP dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk menembusi pasaran luar negara dengan membantu mereka membina keupayaan dalaman mereka, membangunkan produk dan perkhidmatan mereka, dan menghubungkan mereka dengan rakan-rakan perniagaan asing.

 

"Perjanjian eksport ini merupakan satu pencapaian yang patut diberi perhatian oleh perniagaan kami dan kami sedang berusaha ke arah memudahkan lebih banyak peluang, bagi perusahaan tempatan untuk menjalankan perniagaan di luar negara," katanya.

 

"SIE secara khusus menjadi platform strategik untuk perniagaan kami bukan sahaja meneroka pasaran Sabah, tetapi juga peluang di rantau BIMP-EAGA yang lebih luas (kawasan pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)."

 

Pavilion Brunei di SIE terdiri daripada 21 syarikat, mewakili delegasi terbesar dari Negara Brunei Darussalam ke SIE setakat ini.

 

SIE diadakan bermula dari 21 hingga 24 September, dan dipasarkan sebagai pameran perdagangan utama Sabah, yang dianjurkan dua tahun sekali dengan objektif untuk memupuk peluang perniagaan dan mempamerkan produk dan perkhidmatan dari BIMP-EAGA.

 

Edisi tahun ini menampilkan 300 peserta pameran dan dijangka menarik 50,000 pengunjung.

 

Peluang bagi perniagaan Brunei untuk mengambil bahagian dalam SIE, dipermudahkan dan ditaja oleh DARe, yang juga akan memudahkan lagi pemadanan perniagaan dan peluang akses pasaran bagi perniagaan Brunei yang mengambil bahagian sepanjang acara tersebut.

 

Syarikat-syarikat yang berminat untuk meneroka peluang-peluang yang sama dan melibatkan diri dengan inisiatif DARe lain digalakkan untuk melayari laman rasmi di 'www.dare.gov.bn', atau mengikuti saluran-saluran media sosial mereka '@Darussalamenterprise' di Instagram dan Facebook.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07