FacebookInstagramTwitterContact

 

You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>           Mental Health Roadshow           >>           Mental Health Roadshow           >>           Outstanding Academic Award Presentation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Pelan Strategik Pupuk Kecemerlangan Sistem Pendidikan


Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 September 24th, 2023  |  07:09 AM  |   126 views

BERAKAS

 

Buku Pelan Strategik 2023-2027 Kementerian Pendidikan merupakan manifestasi komitmen Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035, melalui misinya 'Untuk Menyediakan Pendidikan yang Berkualiti dan Holistik untuk Kehidupan Pelajar yang Bermatlamat'.

 

Berpandukan visi 'Pendidikan Berkualiti, Negara Progresif', pelan strategik ini menetapkan hala tuju untuk memupuk kecemerlangan pendidikan, mengukuhkan keupayaan sistem pendidikan secara keseluruhan, menyokong kepelbagaian keupayaan dan bakat yang responsif kepada perubahan sistem pendidikan yang dinamik bagi lima tahun akan datang.

 

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan melalui Strategic Enterprise Performance and Delivery Unit (SEPaDU) dan Jabatan Pengajian Tinggi telah mengadakan pelancaran Buku Pelan Strategik 2023-2027 Kementerian Pendidikan semasa Majlis Sambutan Hari Guru Ke-33, Tahun 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Berkenan berangkat menyempurnakan pelancarannya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan,  Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Dengan menumpukan kepada tiga matlamat strategik, pelan strategik ini mencorak arus ke arah Matlamat Strategik 1 : Memupuk Pelajar Siap Siaga Masa Hadapan; Matlamat Strategik 2 : Mempertingkat Ekosistem Pendidikan Inovatif; dan Matlamat Strategik 3 : Membina Sumber Tenaga Manusia.

 

Dengan adanya penetapan matlamat strategik ini, maka ia dapat dijadikan sumber panduan kepada jabatan-jabatan, sekolah-sekolah, maktab-maktab dan institusi-institusi di bawah Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti menyejajarkan yang perlu dilakukan selaras dengan matlamat strategik kementerian ini.

 

Melalui Matlamat Strategik 1, ia akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk melahirkan pelajar siap siaga masa hadapan dengan kemahiran dan keupayaan untuk berinovasi, mempunyai keupayaan untuk mencipta sama, menjalani kehidupan, bekerja, untuk menghadapi masa hadapan yang sentiasa berubah serta menyumbang sebagai ahli masyarakat yang aktif.

 

Rangka tindakan bagi projek-projek utama yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang lima tahun akan menyasarkan tujuh objektif strategik iaitu meningkatkan hasil pembelajaran pelajar; memperkukuhkan kemahiran sedia masa hadapan pelajar; memantapkan pendidikan asas pelajar; memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar; memperkukuhkan etika dan integriti; menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat; dan mengukuhkan kemahiran, kepakaran dan kecekapan.

 

Sementara itu, Matlamat Strategik 2 adalah untuk mewujudkan ekosistem pendidikan yang inovatif yang mampu mengharungi landskap pendidikan yang sentiasa berubah dengan pesat.

 

Matlamat ini akan memfokuskan kepada pembentukan nilai pelajar, selain memastikan amalan dan proses pendidikan yang sentiasa kukuh dan relevan, berupaya menyediakan penyelesaian baharu dan boleh disesuaikan dengan penglibatan pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Kementerian Pendidikan juga akan menyelaras penyemakan semula dan mengemas kini program-program, kurikulum dan penilaian-penilaian untuk sebarang jangkaan perubahan serta memperkenalkan fleksibiliti dalam ekosistem untuk menjadi lebih progresif.

 

Empat Objektif Strategik yang terkandung dalam matlamat ini iaitu memantapkan amalan pengajaran dan pembelajaran; menambah baik kurikulum dan penilaian; menambah baik dan menginovasi persekitaran pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan; dan meningkatkan penyelidikan dan inovasi.

 

Matlamat Strategik 3 pula menekankan kepada usaha untuk menambah baik dan membangunkan sumber tenaga manusia di semua peringkat. Perkara ini memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mewujudkan sumber tenaga siap siaga masa hadapan, bahkan sumber tenaga yang berupaya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan latihan.

 

Dengan melengkapkan para tenaga kerja di Kementerian Pendidikan dengan latihan-latihan profesional yang terbaik dan terkini, Kementerian Pendidikan akan mampu menyampaikan program-program akademik yang berkualiti tinggi selain mengekalkan piawaian etika yang tinggi.

 

Dua Objektif Strategik dikenal pasti iaitu mengukuhkan kecekapan tenaga kerja Kementerian Pendidikan; dan mengukuhkan pengurusan sumber tenaga manusia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59