FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kemas Kini Mengenai Status ENSO


 


 September 24th, 2023  |  07:17 AM  |   100 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keadaan El Niño pada ketika ini sedang berlaku, dengan suhu permukaan laut (SST) di kawasan Tengah dan Timur Lautan Pasifik dikesan lebih panas daripada tahap purata.

 

Kebanyakan model iklim antarabangsa bersependapat bahawa pemanasan suhu permukaan laut akan berterusan berlaku, dan intensiti El Niño diramalkan akan meningkat dalam beberapa bulan yang akan datang dan dijangka berterusan sehingga awal tahun depan, 2024.

 

El Niño juga dikenali sebagai 'fasa panas' daripada kitaran El Niño Southern Oscillation (ENSO). Keadaan ENSO di pantau melalui penganalisaan suhu permukaan laut, angin di paras rendah atmosfera, keadaan pembentukan awan dan suhu bawah permukaan di kawasan pemantauan Lautan Pasifik.

 

Fenomena ini berlaku setiap 3 hingga 7 tahun secara purata dan cenderung memuncak semasa musim sejuk Hemisfera Utara (Disember hingga Februari).

 

Semasa episod El Niño, gangguan sementara terhadap corak cuaca tempatan dijangka berlaku di seluruh dunia termasuk di Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Kesan El Niño kepada negara kita lazimnya termasuklah aktiviti turunan hujan yang berkurangan dengan peningkatan suhu udara dan kelembapan relatif yang rendah.

 

Keadaan cuaca lebih kering dan panas dijangka berlaku terutamanya semasa kemuncak episod El Niño dengan berkemungkinan peningkatan suhu harian maksimum mencecah 34 darjah Celsius atau lebih pada waktu petang.

 

Cuaca Panas Melampau (EHW) atau biasa dikenali sebagai kejadian gelombang haba di NBD cenderung berlaku semasa episod El Niño.

 

EHW berlaku apabila suhu maksimum harian merekodkan sekurang-kurangnya 35 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut. Kejadian EHW terakhir yang berlaku di NBD adalah semasa episod El Niño pada 28 hingga 30 September 2019.

 

Mengambil kira berlakunya keadaan El Niño pada ketika ini, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan mengambil sebarang langkah berjaga-jaga dan keselamatan serta mematuhi mana-mana garis panduan yang diberikan oleh pihak-pihak berkenaan berhubung dengan keadaan cuaca yang dijangka lebih kering dan panas dalam bulan-bulan yang akan datang.

 

Pihak Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

 

Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit jabatan iaitu Brunei WX kerana maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

 

Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperoleh dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang 'www.met.gov.bn' atau melalui laman Facebook '@bruneiweather', Instagram '@brunei.weather' dan saluran Telegram jabatan 'Brunei Weather'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55