Home > Bahasa Melayu
2 Kawasan Di Daerah Belait Dilanda Banjir
Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
September 24th, 2023 | 07:28 AM | 106 views
BELAIT
Laporan Pemantauan Air Banjir Daerah Belait yang disalurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri hari ini bagi beberapa kawasan di Daerah Belait adalah seperti berikut.
Simpang 1366 Merangking Hilir, Mukim Bukit Sawat setakat jam 6.35 pagi, keadaan paras air atau ketinggian air mencecah 0.10 meter (m) dan jarak jauh banjir adalah 100m. Jalan berkenaan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Sementara Jalan Utama Merangking Hilir (6.35 pagi) dan Jalan Singap (6.41 pagi) Mukim Bukit Sawat, tidak mengalami banjir dan jalan berkenaan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Manakala, Jalan Kandul setakat jam 6.48 pagi, keadaan paras air atau ketinggian air mencecah 0.14m dan jarak jauh banjir adalah 400m. Jalan berkenaan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Bagi Jalan Laid Lakang (6.54 pagi), Jalan Menuju ke Jambatan Sungai Kagu (6.57 pagi), dan Kampung Sungai Mau (7.08 pagi) Mukim Bukit Sawat, tidak mengalami banjir dan jalan berkenaan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Sementara Jalan Utama Bukit Puan (7.11 pagi), Jalan Beluhur (7.17 pagi), dan Jalan Sungai Patai (7.22 pagi) Mukim Labi, tidak mengalami banjir dan jalan berkenaan dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengetahui maklumat keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam.
Jika tidak berada di dalam rumah, pastikan pintu-pintu rumah dan jendela-jendela dalam keadaan tertutup bagi mengelakkan binatang-binatang liar memasuki rumah; dan sentiasa memastikan serta menjaga keselamatan kanak-kanak agar tidak bermain dengan air takungan atau longkang akibat banjir.
Jika berlaku sebarang insiden, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan berikan maklumat tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Srinarawie Bidzah
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]