FacebookInstagramTwitterContact

 

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing           >>           Mexican Marigold Essential Oil Holds Potential As Powerful Natural Herbicide           >>           Medicinal Benefits Of Cinnamon           >>           Crocodile’s Head Pops Up In Puddle Outside Buckinghamshire Village           >>           You Wouldn’t Believe Some Of The Things Water Companies Find In UK’s Sewers           >>           'Buzzing' Rocket Valve Pushes 1st Astronaut Launch Of Boeing's Starliner Capsule To May 10           >>           Apple Pencil Pro adds squeeze, roll and haptic feedback to its bag of tricks           >>           Substack is trying to lure TikTok stars to its platform           >>           The UK's Ministry of Defence was hacked, and the country is reportedly blaming China           >>           United States Youth Keyrol Figueroa Signs Deal At Liverpool           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Brunei DPMM FC, Albirex Niigata FC (S) Kongsi 1 Mata


Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Tangkap Layar YouTube Singapore Premier League

 


 September 25th, 2023  |  07:36 AM  |   1781 views

SINGAPURA

 

Pasukan Brunei DPMM FC kembali dalam saingan Piala Singapura 2023 dalam Kumpulan 'A' hari ini pada perlawanan pertama bertemu dengan juara Liga Perdana Singapura (SPL) yang baru dinobatkan, Albirex Niigata FC (S) di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 

Pada perlawanan tersebut, Brunei DPMM FC yang kali terakhir menyertai Piala Singapura pada tahun 2019, terpaksa akur berkongsi 1 mata dengan Albirex Niigata FC (S) selepas mengakhiri perlawanan dengan jaringan 1-1 pada pusingan awal peringkat kumpulan.

 

Perlawanan minit awal menyaksikan pemain-pemain menampilkan aksi perlahan untuk mengimbangi dan membaca tempo perlawanan lawan.

 

Pertemuan menarik menyaksikan pasukan Brunei DPMM FC lebih awal menemui sentuhan jaringan menerusi Kapten Pasukan, Azwan Ali Rahman yang bijak melarikan bola setelah menerima umpanan daripada rakan sepasukan, Hakeme Yazid, sebelum melakukan rembatan yang menerjah gawang pada minit ke-13.

 

Ketinggalan 0 - 1, Albirex Niigata FC (S) terus melancarkan serangan dan memiliki beberapa peluang keemasan namun ketangkasan penjaga gawang Brunei DPMM FC, Kristijan Naumovski menafikan impian Albirex Niigata FC (S) untuk menyamakan kedudukan.

 

Perlawanan semakin rancak pada babak kedua apabila kedua pasukan mula bertindak ganas dengan bertindak berbalas serangan.

 

Albirex Niigata FC (S) akhirnya berjaya membuat kejutan apabila Seia Kunori yang menyarung jersi 10 bijak menyambar bola lintang hasil umpanan Shuto Komaki untuk membolosi gawang Brunei DPMM FC pada minit ke-57.

 

Kebangkitan Brunei DPMM FC pada minit-minit akhir bagaimanapun tidak berjaya menambah jaringan untuk sekurang-kurangnya meraih 3 mata dan kedudukan kekal seri 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

 

Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di Our Tampines Hub, Tampines Rovers FC berpesta gol setelah menewaskan Young Lions FC dengan kesudahan 5 - 0.

 

Pada Piala Singapura 2023 kali ini, Brunei DPMM FC diundi dalam Kumpulan 'A' bersama Albirex Niigata FC (S), Geylang International, Young Lions dan Tampines Rovers.

 

Manakala Kumpulan 'B' terdiri daripada juara bertahan Hougang United, Balestier Khalsa, Lion City Sailors dan Tanjong Pagar United.

 

Perlawanan Brunei DPMM FC seterusnya adalah bertemu Tampines Rovers FC pada 29 September 2023 ini di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China: At Least Two Dead, 21 Injured In Hospital Stabbing

 2024-05-08 09:13:10

Nintendo Switch 2: Official Announcement Promised Within Next Year

 2024-05-08 07:15:56