Home > Bahasa Melayu
NBD Terima Anugerah Pavilion Terbaik
September 25th, 2023 | 07:56 AM | 91 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam (NBD) telah memenangi Anugerah Pavilion Terbaik pada The Sabah International Expo 2023 (SIE 2023) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dari 21 September hingga 24 September.
Penyertaan dari NBD telah difasilitasi oleh Darussalam Enterprise (DARe) dengan kerjasama daripada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.
Pavilion NBD menampilkan 21 buah syarikat yang mempamerkan produk-produk dan perkhidmatan syarikat masing-masing bagi 'market validation' dan juga, yang penting untuk meneroka peluang eksport produk masing-masing yang berpotensi tinggi dan luas.
MICCI Sabah Chairman dan Co-Organising Chairman SIE 2023, Datuk Lee Swi Heng telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Bahagian Pengurusan dan Peluang (Head of Lead and Opportunity) DARe, Cynthia Lim.
Pemilihan kriteria anugerah tersebut adalah berdasarkan kepada inovasi, interaksi dan penglibatan pelanggan. Selain itu, pemilihan kriteria juga merangkumi paparan produk dan juga penjenamaan yang hebat.
Sebagai salah satu acara dalam Sabah's Premier Trade Fair, SIE 2023 telah disertai lebih daripada 300 peserta pameran yang terdiri daripada 20 buah negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]