Home > Bahasa Melayu
Sertai Kempen Derma Darah
September 26th, 2023 | 07:44 AM | 78 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa buah tempat di negara ini
Pada Rabu, 27 September 2023, Majlis Belia Brunei akan menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Aras Bawah, Pusat Membeli Belah Mid-Valley bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Acara yang sama juga akan diadakan di Dewan Serbaguna Polis Kawalan Diraja, Kampung Beribi menerusi anjuran Persatuan PEKERTI pada Sabtu, 30 September 2023 dari pukul 9.00 hingga 11.30 pagi.
Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Temburong, juga akan mengadakan kempen derma darah pada Rabu, 27 September 2023 di Ruang Kantin hospital berkenaan dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]