FacebookInstagramTwitterContact

 

You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>           Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Keberangkatan Tidak Berjadual ke KHEU


Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji NikmanFoto : Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 September 28th, 2023  |  09:23 AM  |   91 views

BERAKAS

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan mengadakan Keberangkatan Tidak Berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Lawatan dimulakan dengan sembah alu-aluan yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan titah.

 

Semasa lawatan itu, baginda berkenan meninjau dengan lebih dekat beberapa jabatan dan bahagian di bawah kementerian tersebut antaranya Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal.

 

Jabatan ini antara lain bermatlamat bagi memastikan pengurusan wang zakat termasuk kutipan dan pengagihannya dilaksanakan secara teratur dan efisien, selain memastikan pelaksanaan program-program dan inisiatif-inisiatif bagi memperkasa keupayaan asnaf adalah secara terancang dan berkesan.

 

Di samping itu, ia turut bermatlamat memastikan keberkesanan pengurusan dan inisiatif-inisiatif mengembang majukan harta-harta wakaf dan baitulmal bagi menjaga kemaslahatan golongan-golongan sasaran, meningkatkan sosioekonomi umat Islam dan menyumbang kepada memperkukuh fiskal negara.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berangkat melawat ke Jabatan Majlis Ugama Islam, di Bangunan Baharu KHEU.

 

KHEU berperanan sebagai peneraju perkhidmatan ugama dan bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan agama Islam, di samping berperanan merancang, melaksana, menilai program dan aktiviti demi kepentingan agama Islam di negara ini dengan visi, bersama ke arah kehidupan cemerlang duniawi dan ukhrawi.

 

Manakala, misi kementerian berkenaan pula memperkasa penghayatan berugama dan memartabatkan kerasmiannya berdasarkan hukum syarak, Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07