FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jabatan Penerangan Sampaikan Maklumat Kepada Rakyat


PEMANGKU Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar (lima, kiri) selaku tetamu kehormat ketika bergambar ramai bersama Ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk Kampung Jerudong pada Program Masyarakat Bermaklumat. |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Arrifin Mohd. Noor)

 


 November 10th, 2016  |  10:12 AM  |   1505 views

SENGKURONG

 

Rabu, 9 November. - Program Masyarakat Bermaklumat merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua masyarakat memahami, menyokong dan menghayati secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Hajah Rabiatul Adawiyah binti Haji A. Ahmad semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini.

 

Tambahnya lagi, program tersebut diadakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup serta menyuntik semangat diri juga memberikan inspirasi kepada anggota masyarakat.

 

091116 PMBpgi ARIF-6

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar (duduk, tengah) selaku tetamu kehormat ketika bergambar ramai bersama Ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk Kampung Jerudong pada Program Masyarakat Bermaklumat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

 

Acara juga diisikan dengan taklimat-taklimat dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) dan Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN).

 

Taklimat JPM yang bertajuk Sekrateriat Wawasan 2035 disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Awang Nadzri bin Haji Yahya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Dayang Kartini binti Haji Kabri, manakala taklimat dari JAIN disampaikan oleh Pegawai Adat Istiadat, Awangku Muhd. Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad yang bertajuk Terasul dan Bahasa Pengganti Diri.

 

091116 PMBpgi ARIF-7

PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Kanan, Awang Nadzri bin Haji Yahya menyampaikan taklimat bertajuk Sekrateriat Wawasan 2035.

Sementara itu, taklimat bertajuk Konsep Makanan Halal dalam Islam dari JHES disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Dayang Zurina Salwa binti Haji Osman; Pegawai Pelajaran, Dayang Siti Hazirah binti Haji Abu Hassan dan Pegawai Permakanan, Dayangku Khairunisa binti Pengiran Karim.

 

Juga hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti; Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak; Penasihat Majlis Perundingan Kampung Jerudong, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Mohamad dan seramai kurang lebih 50 peserta program yang terdiri daripada Ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk Kampung Jerudong.

 

091116 PMBpgi ARIF-9

SALAH seorang peserta Program Masyarakat Bermaklumat memberikan maklum balas.

 

Program antara lain diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Haji Arrifin Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17