Home > Bahasa Melayu
Perutusan Tahniah Kepada Presiden Amerika Syarikat Baharu
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada President-Elect, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, berikutan dengan kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.
November 10th, 2016 | 11:09 AM | 1266 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Rabu, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada President-Elect, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, berikutan dengan kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.
Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas kemenangannya itu dan berharap semoga Tuan Yang Terutama akan mencapai kejayaan dan seterusnya akan dapat meneruskan kerjasama yang baik dan yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara.
Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]