FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seminar Brunei - Korea Terokai Teknologi Kewangan Islam


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa hadir pada seminar tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Hamzah Mohidin)

 


 November 11th, 2016  |  09:49 AM  |   944 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 10 November. - Islamic Fintech (Islamic Financial Technology) atau Teknologi Kewangan Islam adalah contoh yang baik di mana negara boleh mencari ruang bagi kerjasama dan pelaburan antarabangsa yang boleh meningkatkan serta mengukuhkan 'niche' negara.

 

Teknologi itu juga menggalakkan kepentingan aqad bagi 'persetujuan bersama' yang jelas difahami oleh pengguna dalam usaha untuk mengesahkan proses dan yang paling penting, ia menyediakan keselamatan, ketelusan, sistem pematuhan syariah dan mengamalkan prinsip objektif syariah yang lebih utama iaitu pemeliharaan kekayaan.

 

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dalam ucaptamanya pada Seminar Brunei-Korea mengenai Penerokaaan Teknologi Kewangan Islam (Exploring Islamic Fintech), berlangsung di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri,

 

Dato Paduka Haji Abdul Mokti berkata Teknologi Kewangan Islam ini boleh mewujudkan dan menjana modal, keluaran sampingan dalam pasaran tempatan, peluang-peluang pekerjaan dan akhirnya mempelbagaikan dan meningkatkan ekonomi Brunei.

 

101116 HAMZAH4 FINTENCH

 

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud  bergambar ramai bersama jemputan khas serta degelasi dari Republik Korea.

 

Negara juga, ujar Dato Paduka, lagi gembira dengan sambutan menggalakkan dari pelbagai pemain industri dari Republik Korea dalam meneroka bidang-bidang ini dan menggalakkan penglibatan dan kerjasama rapat.

 

Terdahulu Dato Paduka juga menjelaskan bahawa Negara Brunei Darussalam telah bersedia untuk meningkatkan persekitaran perniagaan dan pelaburan, dan perkara ini terbukti dengan kemajuan yang ketara kedudukan negara dalam kemudahan menjalankan perniagaan (Ease of Doing Business), Bank Dunia di mana Negara Brunei Darussalam melonjak pada kedudukan ke-72 tahun 2016 daripada kedudukan ke-97 pada tahun 2015.

 

"Negara Brunei Darussalam kini berdiri sebagai ekonomi paling meningkat selama dua tahun berturut-turut. Kami komited untuk menggalakkan perniagaan dan pembangunan ekonomi dengan usaha-usaha baru untuk mempelbagaikan dan mengembangkan ekonomi di luar sektor minyak dan gas. Kami berharap usaha bersepadu yang berlaku akan menarik lebih banyak pelaburan asing dalam bidang yang boleh mengembangkan ekonomi," jelas Dato Paduka.

 

Dato Paduka juga mengatakan bahawa Negara Brunei Darussalam berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan perkembangan kewangan Islam yang mana bukan hanya sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN dan TPP, tetapi negara ini juga terus membuat kemajuan besar dalam industri kewangan Islam.

 

101116 HAMZAH5 FINTENCH

 

UCAPTAMA pembentag daripada Persatuan Industri Korea Fintech Republik Korea , Kim Tae Bong   menyentuh mengenai "Langkah Kerjasama antara Brunei dan Korea ke Target Market Fintech Islam"

 

"Dengan nilai-nilai Islam yang kukuh serta pertumbuhan takaful insurans Islam dan bon sukuk Islam, Brunei telah mengukir 'niche' untuk negara ini sendiri dalam Perkhidmatan Kewangan Islam antarabangsa. Ini memberi satu platform kompetitif yang sangat baik bagi negara ini yang menawarkan dirinya sebagai pusat kewangan Islam di rantau ini. Reputasi Brunei untuk nilai-nilai Islam yang kukuh juga menyediakan tapak yang baik di seluruh dunia Islam, termasuk Timur Tengah," jelas Dato Paduka.

 

Ketika pengguna menjadi lebih canggih, ujar Dato Paduka sektor kewangan Islam di negara ini juga mesti berupaya untuk menyaingi kerumitan dan kecanggihan pasaran yang semakin meningkat.

 

Oleh itu jelas Dato Paduka, inovasi dan teknologi, sebagai pemboleh utama untuk pembangunan perniagaan masa depan, menjadi lebih penting.

 

Turut menghadiri seminar ialah Ahli Jawatankuasa Industri dan Perdagangan, Dewan Negara dari Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Jung Hoon dan Duta Besar Istemewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung.

 

Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 250 peserta itu dimuatkan dengan empat pembentangan termasuk dua pembentang dari Republik Korea disampaikan oleh Kim Tae Bong daripada Persatuan Industri Korea Fintech yang menyentuh mengenai "Langkah Kerjasama antara Brunei dan Korea ke Target Market Fintech Islam" sementara Encik Kim Bo Ram Paycock Co Ltd mengentengahkan topik "Korea E-Payment Model Perniagaan"

 

Manakala dua penceramah jemputan tempatan, juga membentangkan kertas kerja masing-masing terdiri dari Haji Mohd. Hairul Azrin bin Haji Besar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) membentangkan mengenai" Kewangan Islam: Kefahaman " dan Encik Lim Shaw Fhen dari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

 

Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga dan Industri di Pejabat Perdana Menteri (EIDPMO) dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea dan disokong oleh Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) itu, memberi peluang kepada para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai rangka kerja pengawalseliaan pelaburan kewangan, di samping berkongsi trend teknologi terkini dan model perniagaan Fintech di Korea .
Seminar yang diakhiri dengan sesi forum terbuka oleh empat ahli panel tersebut diharap akan menyediakan maklumat bermanfaat bagi menarik Fintech dari perspektif Islam untuk para peserta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16