FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kumpulan Jabatan Ukur ungguli Konvensyen KKC Ke-19


TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud bergambar ramai bersama pemenang pertama Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kebangsaan Ke-19 disandang oleh Kumpulan LAKAS dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. |FOTO : PELITA BRUNEI ( Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hernie Suliana Haji Othman)

 


 November 11th, 2016  |  09:57 AM  |   937 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 10 November. - Kumpulan-kumpulan dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan sekali lagi mempamerkan kehebatan masing-masing apabila berjaya memenangi tiga tempat teratas pada Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Ke-19 Tahun 2016.

 

 

Pada konvensyen yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Perdana Menteri itu, tempat pertama disandang oleh Kumpulan LAKAS dengan tajuk projek mereka 'Pengurusan Minyak Kenderaan Laut Kurang Berkesan'; diikuti di tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan PGS1516 dengan tajuk projek 'Kelambatan Pembuatan Peta Di Bahagian Pemetaan Geospatial' dan tempat ketiga ialah Kumpulan ToCad dengan projek mereka 'Pelan Akui Yang Tidak Mengikut Spesifikasi'.

 


Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas yang aktif menyertai konvensyen berkenaan, sementara Anugerah Fasilitator Terbaik disandang oleh Dayang Hajah Rusinah binti Haji Awang Tengah juga dari Jabatan Ukur, manakala Anugerah Persembahan Terbaik jatuh kepada Kumpulan Tahsin dari Jabatan Audit, JPM.

 


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan anugerah kepada para peserta ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud.

 


Pada Anugerah Projek KKC ini juara menerima wang tunai BND6,000 berserta piala dan sijil penyertaan; naib juara membawa pulang wang tunai BND4,000 berserta piala dan sijil penyertaan dan tempat ketiga menerima wang tunai BND2,000 berserta piala dan sijil penyertaan.

 


Manakala kumpulan yang menerima saguhati masing-masing membawa pulang wang tunai BND1,000 berserta sijil penyertaan dan Anugerah Persembahan Terbaik membawa pulang wang tunai BND1,000 berserta sijil penghargaan.

 


Terdahulu, Majlis Penutup Konvensyen dimulakan dengan dengan tayangan klip video KKC 2016 dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian ulasan penilaian oleh Ketua Panel Penilai, Awang Haji Abdul Aziz bin Dato Paduka Haji Abdullah yang antara lain menjelaskan pemarkahan projek KKC dinilai melalui laporan projek KKC, pembentangan semasa Sesi Tertutup, tinjauan dan persembahan semasa Sesi Terbuka.

 

 

101116 AMP1 KKC

 

 

PERSEMBAHAN ITQAN dari Jabatan Ukur, Kemenetrian Pembangunan pada Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19, Tahun 2016 (Sesi Pagi) bertempat di Dewan Teater, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri Berakas

 

 

Sesi Terbuka berkenaan jelasnya, menampilkan persembahan kumpulan-kumpulan yang diwarnai dengan pelbagai kaedah penyampaian projek termasuk tayangan video, drama dan ilustrasi projek, selain dapat menjana kreativiti kumpulan-kumpulan yang bertanding melalui gaya persembahan yang bersinergi serta menarik seperti sketsa, nyanyian dan suntingan video penceritaan projek masing-masing.
Secara keseluruhan prestasi KKC yang bertanding pada tahun ini adalah meningkat walaupun jumlah yang menyertai adalah menurun.

 


Sebanyak sembilan kumpulan dari lima jabatan yang mewakili empat buah kementerian kerajaan membentangkan projek masing-masing pada konvensyen yang diadakan pada sebelah pagi dan petang itu.
Pada sebelah pagi, sebanyak enam buah kumpulan telah membentangkan Projek KKC mereka terdiri dari Kumpulan Tahsin (Jabatan Audit); Kumpulan Itqan (Jabatan Ukur); Kumpulan PGS1516 (Jabatan Ukur); Kumpulan ToCad (Jabatan Ukur); Kumpulan Khazanah (Jabatan Perbendaharaan) dan Kumpulan LIVESAVER 995 (Jabatan Bomba dan Penyelamat).

 

 


Manakala pada sebelah petang pula, sebanyak tiga kumpulan mempersembahkan projek mereka terdiri dari Kumpulan LAKAS (Jabatan Ukur); Kumpulan RD FWD (Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan) dan Kumpulan TBT15 (Jabatan Ukur).

 


Pembentangan projek-projek ini adalah menjurus dalam kategori seperti Pembaikan Proses, Perkhidmatan Pelanggan, Penjimatan Kos dan Masa, Perubahan Budaya Kerja dan Organisasi dan Produktiviti dan Kualiti.
Konvensyen KKC Ke-19 anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang jemputan yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54