FacebookInstagramTwitterContact

 

Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>           Ukraine Says It Repelled Russian Bid To Cross Border           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meningkatkan Mutu Bacaan Al-Quran Melalui Musabaqah


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman )

 


 November 11th, 2016  |  10:04 AM  |   985 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Khamis, 10 November. - Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, wakil Kementerian Pendidikan dan Dayang Rubiah binti Haji Timbang, wakil Jabatan Pengajian Islam (JPI) masing-masing muncul johan bagi Kategori Qari dan Qariah Musabaqah Tilawah Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), berlangsung di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong, di sini.

 

Naib johan qari dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Haji Mohd. Asri bin Haji Timbang dan Awang Haji Nor Asilin, kedua-duanya mewakili JPI.

 

Sementara itu naib johan qariah pula dimenangi oleh Dayang Norzirwatul Fadhlillah binti Haji Puteh dari Kementerian Pendidikan manakala peserta dari JPI, Dayang Zaiton binti Haji Abdullah menduduki tempat ketiga.

 

Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Musabaqah yang diadakan sempena Hari Guru Kali Ke-26 Tahun 1438H / 2016M ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Yussof.

 

Dengan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan musabaqah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran, di samping mengamalkan dan menghayati isi kandungannya di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI, KHEU.

 

101116 TILAWAH MASRI 003

 

MENTERI Pendidikan, Yang  Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman menyampaikan hadiah piala rebutan kepada johan qari,  Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf dari Jabatan Perkembangan Kokurikulum.

 

Selain itu musabaqah juga bertujuan untuk meningkatkan semangat gotong royong dan pemedulian serta rasa muhibah di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI dalam mengungkayahkan usaha-usaha yang berkebajikan, di samping menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

 

Dalam temu bual bersama johan qari, Awang Haji Abdul Rahman menjelaskan, antara persediaan yang dilakukannya sebelum menyertai musabaqah ialah meneruskan latihan yang dijalaninya bagi menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan.

 

Katanya, beliau membuat latihan secara persendirian dengan tunjuk ajar guru bagi menghalusi lagi bacaannya, baik dari segi tajwid mahupun taranum.

 

Ini merupakan kali pertama beliau menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI dan sekali gus menjadi johan.

 

Sementara itu johan qariah, Dayang Rubiah pula melahirkan rasa syukur atas kemenangannya ini setelah berlatih setiap hari bagi meningkatkan mutu bacaannya di samping menjaga pemakanan bagi menjaga suaranya.

 

Menyentuh mengenai penglibatan belia di negara ini dalam pembacaan Al-Quran, Dayang Rubiah menjelaskan bahawa memang sudah banyak timbulnya kesedaran dalam kalangan belia untuk bergiat aktif dalam pembacaan Al-Quran.

 

Beliau seterusnya menyarankan agar lebih ramai belia / beliawanis di negara ini akan turut serta dalam pertandingan-pertandingan membaca Al-Quran baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59