FacebookInstagramTwitterContact

 

Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>           Registration for Brunei-Cambridge Examinations for October/November           >>           Mandatory Replacement of Electricity Prepaid Meters           >>           How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara Kerana Menipu, Tidak Jujur


 


 November 2nd, 2023  |  09:57 AM  |   4111 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menipu dan perbuatan tidak jujur.

 

Majistret Syaffina binti Shahif menjatuhkan hukuman penjara ke atas Mohamad Syazwan bin Mohd Daud 37 tahun selepas Defendan mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

 

Menurut pertuduhan pada November 2022, Defendan telah menipu (pengadu) untuk mempercayai bahawa dia boleh membantu pengadu menyimpan dua buah kenderaan kerana kekurangan tempat letak kereta di rumah pengadu.

 

Salah satu kenderaan iaitu Proton Wira tidak berdaftar di dalam negara dan merupakan kenderaan berdaftar Malaysia. Kenderaan tersebut hanya digunakan untuk tujuan pameran kereta.

 

Semasa melakukan kesalahan tersebut, Defendan memberitahu pengadu bahawa dia bersetuju untuk menyimpan Mazda MX-5 dan Proton Wira di rumahnya di Jalan Wasai Limuru RPN Kampung Meragang. Pengadu memberi kepercayaan kepada Defendan untuk memastikan keselamatan kenderaan tersebut.

 

Atas persetujuan Defendan, pada 29 Oktober 2022, anak saudara pengadu membawa Mazda MX-5 tersebut ke rumah Defendan manakala pada 30 Disember 2022 anak saudara pengadu telah membawa Proton Wira ke rumah Defendan.

 

Pada 7 Oktober 2023, anak saudara pengadu telah menghubungi Defendan untuk bertanyakan berkenaan kenderaan tersebut. Defendan memaklumkan kepadanya bahawa dia telah memindahkan kenderaan tersebut ke sebuah tempat di Lambak.

 

Anak saudara pengadu kemudian meminta Defendan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut. Bagaimanapun, Defendan tidak menjawabnya.

 

Pada 8 Oktober 2023, anak saudara pengadu menghubungi ibu saudaranya, isteri pengadu, melalui mesej teks memaklumkan bahawa dia telah terjumpa TikTok Video menunjukkan seorang yang tidak dikenali bersama Proton Wira pengadu.

 

Selepas itu, anak saudara pengadu pergi ke rumah Defendan untuk mengesahkan kehadiran kenderaan tersebut. Bagaimanapun mendapati kenderaan tersebut hilang.

 

Defendan memaklumkan kepadanya bahawa kenderaan itu ditarik oleh seorang pemungut besi buruk. Di sebalik penjelasan itu, anak saudara pengadu berasa ragu dan memaklumkan kepada pengadu tentang kehilangan kenderaan tersebut.

 

Pengadu telah membuat laporan polis pada jam 11.30 malam pada 8 Oktober 2023 dan Defendan telah ditangkap pada jam 8.00 malam pada 16 Oktober 2023.

 

Dalam siasatan polis, Defendan mengakui bahawa antara 2 Januari 2023 dan 31 Mei 2023, Defendan telah secara tidak jujur menjual sebuah kenderaan Mazda MX-5 milik pengadu kepada seorang warga India yang tidak dikenali selepas mengiklankan kenderaan tersebut di Facebook.

 

Siasatan polis mendedahkan bahawa Defendan telah menjual Mazda MX-5 pada harga BND100.

 

Defendan seterusnya mengakui bahawa antara 2 Januari 2023 dan 8 Oktober 2023, Defendan telah secara tidak jujur menyalahgunakan kenderaan Proton Wira milik pengadu dengan menukar Proton Wira tersebut dengan menjual kepada seorang apabila mengiklankan kenderaan tersebut dalam Facebook.

 

Siasatan polis mendapati Defendan telah menjual Proton Wira pada harga BND850.

 

Menurut pengadu, jumlah nilai kedua-dua kenderaan yang dicuri adalah lebih kurang BND20,500.

 

Siasatan polis hanya membawa kepada pemulihan Proton Wira tersebut dan telah dikenal pasti secara positif oleh pengadu. Bagaimanapun, Proton Wira tersebut telah diubah suai oleh pembeli.

 

Defendan tidak diberi sebarang kebenaran untuk menjual kenderaan tersebut. Defendan tidak memaklumkan pembeli tersebut bahawa Proton Wira itu bukan miliknya.

 

Dalam rekod, Defendan tidak mempunyai rekod sabitan terdahulu.

 

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Radin Wafri bin Radin Sufri.

 


 

Source:
RTB NEWS

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07