FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


The Chairman’s Awards 2023 : Mengiktiraf Prestasi, Kecemerlangan Operasi


Foto : Masri Osman

 


 November 2nd, 2023  |  10:49 AM  |   258 views

JERUDONG

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn. Bhd. (BSM) malam tadi berkenan berangkat ke majlis The Chairman's Awards 2023 yang berlangsung di Dewan Indera Samudra, The Empire Brunei.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Pemangku Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani juga selaku Lembaga Pengarah BSM, bersama Pengarah Urusan BSM, Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

 

Pada majlis berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan mengurniakan penyampaian anugerah sebanyak 11 anugerah The Chairman's Awards 2023 kepada 16 penerima.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, dan diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Pengarah Urusan BSM.

 

Dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyembahkan anugerah The Chairman's Awards berkenaan dapat memberi inspirasi kepada rakan kongsi untuk meningkatkan kemahiran dan merangka strategi baharu untuk menarik minat dalam ekosistem BSM.

 

Sama seperti tahun sebelumnya sembah beliau, anugerah berkenaan antara lain bertujuan mengiktiraf prestasi dalam HSSE, pertumbuhan perniagaan dan kecemerlangan operasi dalam bidang seperti pemasaran, tanggungjawab sosial korporat dan perkhidmatan pelanggan.

 

Selain itu tambahnya, pihak BSM juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi perniagaan mereka bagi memastikan layanan standard tertinggi diberikan kepada komuniti.

 

"InsyaaAllah perkongsian ini telahpun membentuk rangkaian yang akan membolehkan kami meneruskan dan menyediakan penyelesaian mobiliti untuk pelanggan kami, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi kami sekali lagi atas kerjasama dan kerja berpasukan mereka," sembah beliau lagi.

 

Sejurus itu, Majlis Penganugerahan The Chairman's Award yang dimulai dengan lima penerima Retail Awards Category, iaitu Most Improved Retail Operational Performance dianugerahkan kepada Mabohai Service Station; Best Retail Operational Excellence diberikan kepada IBA Petrol Station Sdn. Bhd.; Best Retail Service Champion dianugerahkan kepada Awang Mohammad Khairul Ridzuan bin Sahari daripada Mar'azmala Petrol Station and Trading; Best Road Tanker Carrier diberikan kepada Awang Muhd Aiman bin Abd. Rahman Suge; dan Overseas Agency Company Sdn. Bhd. pula diumumkan sebagai penerima Best LPG Operational Excellence.

 

Bagi Kategori Shell Master Mechanics Program pula mengumumkan pemenang Anugerah 2023 Shell Star Master Mechanic yang masing-masing diberikan kepada Awang Muhammad Hadif Hamizan bin Saini bagi kategori penuntut Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Mechanical Campus dan Denson Alvarez Panopio iaitu penerima bagi kategori General Mechanics.

 

Acara juga turut diselajurkan dengan penyampaian tanda penghargaan kepada NBT Sdn. Bhd., sebagai rakan kongsi dalam program penilaian berkenaan.

 

Anugerah Best Sales Performance Award pula dianugerahkan kepada tiga penerima, iaitu NBT Sdn. Bhd.; Setia Motors Sdn. Bhd.; dan Grand Auto Sdn. Bhd.

 

Sementara, NBT Sdn. Bhd. masing-masing memenangi anugerah Best Corporate Social Responsibility dan Best Digital Marketing Award (Best Digital Excellence Marketing), dan Special Mention juga diberikan kepada QAF Brunei Sdn. Bhd.

 

Manakala, Boustead Sdn. Bhd. pula diberikan anugerah Best Commercial Operational Excellence dan Best Marketing Award (Best Customer Excellence Marketing).

 

Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama para penerima anugerah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07