FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Unsur-Unsur Keugamaan Mampu Rawat Penagih Dadah


YANG Dipertua BASMIDA, Datin Hjh Masni binti Hj Mohd Ali menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang Ahli-Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016 Kiulap |FOTO : PLEITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud bin Ampuan Haji Tengah)

 


 November 12th, 2016  |  11:07 AM  |   1670 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 11 November. – Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) 2016 berjaya mengeluarkan resolusi dan rekomendasi bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi bukan kerajaan untuk mengambil tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah.

 

Demikian dijelaskan oleh Yang Di-Pertua BASMIDA, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Awang Mohammad Ali ketika ditemu bual semasa berlansungnya Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016, berlangsung di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

 

Datin Hajah Dayang Masni seterusnya menjelaskan resolusi dan rekomendasi tersebut mengandungi sembilan perkara penting yang bukan saja untuk meningkatkan pengetahuan mengenai 'legalisation of drugs' tetapi juga mengambil kesempatan mengenai ucaptama Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan mengenai dengan keberkesanan rawatan dan pemulihan dan saranan supaya unsur-unsur keugamaan lebih dititkberatkan.

 

Yang Berhormat Pehin Mufti ujar Datin Hajah Masni lagi bukan hanya menyarankan bagi penggunakan motivasi berunsur dakwah dalam rawatan dan pemulihan malahan juga mengamalkan zikir-zikir dan juga menggunakan air zam-zam.

 

Pada majlis itu Datin Hajah Masni juga menyempurnakan penyampaian sijil-sijil Penghargaan Kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016.

 

Sementara itu dalam temubual bersama Naib Yang Di-Pertua BASMIDA, Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah menjelaskan majlis merupakan sebagai tanda penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja, para sukarelawan, belia-belia dan ahli-ahli BASMIDA yang telah memberi sumbangan bagi kejayaan seminar BASMIDA yang berlangsung pada 1 November yang lalu.

 

Mereka jelasnya merupakan tulang belakang bagi persatuan BASMIDA yang mana tanpa mereka kejayaan bagi mengendalikan seminar berkenaan adalah sukar untuk dicapai.

 

Dengan adanya kerjasama dan komitmen padu dari semua yang terlibat katanya, matlamat dan objektif BASMIDA dalam mengendalikan seminar tersebut telah tercapai sebagaimana yang dihasratkan.

 

Antara objektif Seminar BASMIDA 2016 yang bertemakan 'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui Nilai-Nilai Murni Melayu Islam Beraja' ialah untuk membantu memperkasa generasi muda lebih memahami peranan nilai-nilai murni dalam tiga komponen falsafah MIB yang diharap akan dapat membentuk budi pekerti dan peribadi akhlak yang tinggi lagi sempurna berdasarkan ajaran Islam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54