FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SUMUS Ditubuhkan Bagi Kesejahteraan Penduduk Mukim Sengkurong


TETAMU Kehormat , Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima. |FOTO : PELIUTA BRUNEI ()

 


 November 12th, 2016  |  11:13 AM  |   1707 views

SENGKURONG

 

Jumaat, 11 November. - Atas inisiatif dan kesedaran penduduk kampung dan mukim yang peka tentang implikasi bencana alam yang sering melanda penduduk-penduduk kampung, Majlis Perundingan Mukim Sengkurong (MPMS) melancarkan penubuhan Sukarelawan Mukim Sengkurong 'SUMUS'.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara (DBM), Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Juga hadir ialah Penasihat Majlis Perundingan Kampung Tanjong Nangka, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dan Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti.

 

Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam ucapannya berkata beliau menyambut baik penubuhan SUMUS sebagai salah satu platform kepada anak-anak buah mukim untuk sama-sama secara sukarela mengambil inisiatif menyumbang buah fikiran, tenaga, waktu dan kewangan bagi sama-sama memastikan kesejahteraan penduduk Mukim Sengkurong yang memerlukan bantuan.

 

Jenis bantuan terang beliau, bukanlah saja bersifat kerahan tenaga semasa bencana atau sumber kewangan bahkan boleh juga bantuan yang bersifat keprihatinan kepada keperluan sokongan psikologi mahupun bantuan sokongan mobiliti warga emas dan yang bekeperluan khas.

 

Menurutnya, perlu ditanamkan kepada semua perkataan sukarela di sini, ianya bukanlah bermaksud secara paksaan mahupun berniat untuk mendapatkan imbalan atau pengiktirafan dari mana-mana pihak atau persendirian atau bagi menunjukkan kebolehan masing-masing.

 

"Biarlah apa jua perancangan atau perlaksanaan aktiviti itu bersandarkan kepada sebagai rasa tanggungjawab hidup bersaudara, mengeratkan perpaduan penduduk mukim dan dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Sungguh sukarelawan itu tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga tetapi mereka adalah insan yang tidak ternilai harganya walaupun sekecil zarah sumbangan kudrat atau pemberian mereka amat besar impaknya kepada kehidupan masyarakat," tambah beliau.

 

Awang Misle seterusnya menyarankan semasa program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) Mukim Sengkurong, tatacara atau prosedur melaksanakan kerja-kerja semasa kejadian bencana hendaklah mengikut garis panduan atau nasihat-nasihat agensi-agensi kecemasan agar keselamatan mana-mana ahli adalah terjamin.

 

Beliau turut menekankan, bahawa sukarelawan bertindak sebagai tenaga sokongan dan bukan sebagai pengganti ahli-ahli kecemasan seperti ahli Bomba dan Penyelamat, Polis dan mana-mana pegawai agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran khusus dalam menangani bencana-bencana walaupun sudah mendapat latihan daripada pihak-pihak berkenaan.

 

Sementara itu, Dayang Nurmaizzatul binti Haji Ramzuzzaman, 18, berasal dari Kampung Kulapis ketika ditemui berkata beliau menyertai SUMUS kerana minat dan ingin memberi khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan tanpa ada paksaan dari siapa-siapa.

 

111116 AMIRUL14 SUMUS

AWANG Md. Waie Izzat bin Kamal, 16, dari Kampung Bebatik Kulapis.

111116 AMIRUL13 SUMUS

DAYANG Nurmaizzahtul binti Haji Ramzuzzaman, 18, dari Kampung Kulapis.

 

Belia ujarnya, merupakan tunggak negara yang bernilai tinggi dan menjadi jentera utama dalam pembangunan dan kecemerlangan negara yang diharap-harapkan.

 

Menurut beliau, melalui SUMUS ini belia mampu meneroka apa yang dilihat dan didengar dengan lebih terperinci dan teliti serta peka dan prihatin dengan sekeliling terutama pada orang-orang yang berada dalam kesusahan yang memerlukan bantuan contohnya belia bergotong-royong membersihkan rumah warga emas, membersihkan tanah perkuburan, membantu orang-orang yang berkeperluan khas dan seumpamanya.

 

Ini terangnya, secara tidak langsung penglibatan belia jadi sukarelawan ini juga membantu mengurangkan belia melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia yang mana belia terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa.

 

Perkara yang sama turut di persetujui oleh Awang Md. Waie Izzat bin Kamal, 16, dari Kampung Bebatik Kulapis.

 

Dengan tertubuhnya badan-badan sukarelawan seumpama ini jelasnya, membolehkan para belia bergerak dengan aktif dan peka dalam membantu orang-orang yang kurang bernasib baik, memeduli orang yang berada dalam kesusahan dan kemiskinan, membantu negara yang memerlukan bantuan, membangunkan diri sendiri untuk lebih berkeyakinan dalam menjalani kehidupan dan sebagainya.

 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan slaid yang di sampaikan oleh Timbalan Setiausaha SUMUS, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri dan diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan.

 

Penubuhan SUMUS dihasratkan untuk menyatukan para penduduk kampung di Mukim Sengkurong bagi sama-sama menolong orang yang ditimpa musibah akibat bencana alam selain berhasrat untuk menjalinkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama menangani bencana alam di seluruh negara bagi kepentingan masyarakat di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17