Home > Bahasa Melayu
Pemenang Kempen BIBD 'Top Up Tah Lagi' Terima Hadiah
November 12th, 2016 | 12:11 PM | 864 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jumaat, 11 November. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Bulanan Pertama bagi pemenang kempen 'Top Up Tah Lagi'.
Setiap bulan sehingga akhir bulan Disember, pemenang cabutan bertuah akan membawa pulang sama ada Apple iPhone7 128GB, Apple iPad Pro 32GB atau tiket penerbangan pergi balik ke Bali untuk dua orang.
PENGURUS Am Bahagian Perbankan Korporat BIBD, Awg Hj Shamri bin Hj Mahali bergambar bersama para pemenang kempen 'Top Up Tah Lagi'
Pelanggan BIBD, termasuk syarikat-syarikat, secara automatik dimasukkan ke dalam Kempen BIBD 'Top Up Tah Lagi' apabila mereka membuat 'top-up' DES, DST atau Progresif kredit mereka dengan menggunakan platform digital mudah BIBD, seperti BIBD Online, BIBD Mobile, dan Perbankan Internet Korporat (CIB).
Hadiah cabutan bertuah tersebut disampaikan oleh Pengurus Am Bahagian Perbankan Korporat BIBD, Awang Haji Shamri bin Haji Mahali kepada pemenang kempen bulan ini iaitu Siti Azirah Zafirah binti Omar, Muhammad Faiz bin Sani dan Naf's Café. Acara tersebut berlangsung di ibu pejabat BIBD di ibu negara.
Keterangan lanjut mengenai kempen BIBD 'Top Up Tah Lagi', atau mana-mana produk serta perkhidmatan lain akan berkenaan, orang ramai bolehlah melayari laman www.bibd.com.bn; mengikuti BIDBRUNEI di media sosial atau terus mengunjungi cawangan BIBD yang berhampiran atau menghubungi Pusat BIBD di talian 223 8181.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Ihsan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD)
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]