FacebookInstagramTwitterContact

 

Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>           The Bolden The Beautiful: Sarina On The Jets, The Philippines, And The Growth Of The Game           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perusahaan Riza Fudhlana Farming Memperluas Hasil Daging Ayam Ternakan


TETAMU kehormat, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong merasmikan pembukaan Unit 6 dan Unit 7 reban ayam tertutup milik Perusahaan Riza Fudhlana Farming.

 


 November 13th, 2016  |  10:25 AM  |   2824 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 12 November. - Bagi memperluaskan lagi pengeluaran hasil daging ayam ternakan, Perusahaan Riza Fudhlana Farming kini menambah lagi dua unit reban ayam tertutup yang boleh menampung 20,000 hingga 23,000 ekor ayam setiap pusingan.


Perusahaan Riza Fudhlana Farming adalah salah satu anak syarikat di bawah naungan Riza Group.
Perusahaan berkenaan menggunakan teknologi sistem reban ayam tertutup yang diusahakan di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Tanah Tuah Bebatik / Kulapis dengan keluasan sebanyak empat hektar.


Sehubungan itu, Majlis Pembukaan Rasmi Reban Ayam Tertutup (Unit 6 dan 7) di Lot 25, Simpang 178, KKP Tanah Tuah, Kampung Kulapis, telah dirasmikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat hari ini.


Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Pengurus Syarikat Riza Fudhlana Farming, Pengiran Haji Haris bin Pengiran Haji Duraman menjelaskan, pada awal penubuhan syarikatnya hanya memiliki dua buah reban.


Menurutnya, syarikat itu terus menampakkan perkembangan yang positif dan progresif dengan penambahan lagi dua buah reban ayam tertutup pada tahun 2015.


Perancangan perusahaan jelasnya, adalah bagi membangun sembilan buah reban ayam tertutup di kawasan berkenaan.


Pada masa ini katanya, terdapat empat unit reban sedang beroperasi secara sepenuhnya, di mana ianya menghasilkan sebanyak 29 tan ayam pedaging dalam setiap reban sepusingan.


Beliau seterusnya menjelaskan, satu unit reban sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2016 dan satu unit reban ayam tertutup lagi masih di dalam perancangan dan akan diusahakan pada masa yang terdekat.


"Pada tahun 2015, syarikat ini telah berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 269 tan metrik daging ayam bernilai BND1.23 juta," ujarnya.


"Pembukaan dua unit reban ayam tertutup ini berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan pengeluaran hasil ladang."


Sejurus selepas itu, para hadirin menyaksikan persembahan video dan slaid dari Riza Group mengenai perkembangan perusahaan ayam ternakan dari syarikat berkenaan.

121116 RIZA DSC 0117

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong semasa menyaksikan pameran.

 

Seterusnya, tetamu kehormat dibawa melawat ke pameran Riza Group dan seterusnya Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dibawa meninjau ke Unit 6 dan 7 ternakan ayam serta lawatan projek pembinaan di Unit 9.

 

Dalam pada itu, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan sentiasa memberikan sokongan yang berterusan melalui khidmat nasihat, penyediaan kawasan yang bersesuaian dalam mengusahakan ternakan ayam lebih-lebih lagi di dalam penggunaan teknologi.


Ini akan dapat meningkatkan produktiviti dan pengeluaran ayam pedaging bagi pasaran tempatan dan seterusnya menembusi pasaran luar negara.


Hasil keseluruhan ayam pedaging pada tahun 2015 ialah sebanyak 23,264 tan metrik dengan nilai pasaran sebanyak BND106.79 juta iaitu sumbangan sebanyak 54.17 peratus dari nilai keluaran kasar keseluruhan industri ternakan atau 29.16 peratus dari nilai keluaran kasar keseluruhan Pertanian dan Agrimakan.


Sehubungan dengan itu, jabatan juga menyarankan lebih ramai lagi pengusaha ayam pedaging untuk berkecimpung di dalam penggunaan teknologi tinggi secara progresif dan produktif.


Perusahaan ini akan dapat meningkatkan industri ternakan dan mampu menjana keluaran dalam negara kasar (KDNK).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17