FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IPT Swasta Berperanan Tawar Program Kemahiran Abad Ke-21


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa berucap pada majlis konvoksyen tersebut |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 November 13th, 2016  |  10:33 AM  |   886 views

JERUDONG

 

Sabtu, 12 November. - Para graduan dituntut untuk mempunyai jati diri yang bercalakkan Brunei dan berlandaskan Melayu Islam Beraja (MIB) di mana mereka yang akan melangkah ke alam pekerjaan hendaklah melihat diri mereka sebagai penyumbang kepada pertumbuhan, kemakmuran dan kestabilan negara.


Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berucap demikian pada Majlis Konvokesyen Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT) Kali Ke-10, berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, Empire Hotel and Country Club, di sini.
Yang Berhormat menyatakan, dalam mengukur pencapaian kualiti pendidikan, beberapa Petunjuk Prestasi Utama Kebangsaan (KPI) telah dihasilkan dan salah satu adalah Kadar Pengijazahan (Pengajian Tinggi dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional).


"Ini setentunya memerlukan 'Whole Nation Approach' untuk mencapainya dan tidak terkecuali pihak Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berperanan menghasilkan graduan yang diperlukan dalam memacu pembangunan pendidikan negara selaras usaha kerajaan dalam meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment). Ini termasuklah mempergiatkan lagi pendedahan pelajar dalam bidang keusahawanan bagi menanamkan kecenderungan dalam bidang tersebut," jelasnya.


Yang Berhormat seterusnya berkata, Institut Pengajian Tinggi (IPT) Swasta berperanan penting untuk menawarkan program-program yang relevan dan selaras dengan iklim ekonomi globalisasi bagi memastikan kebolehpasaran graduan, iaitu dengan memiliki kemahiran-kemahiran Abad Ke-21 seperti kemahiran komunikasi, mempunyai daya berfikir aras tinggi dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.


Dari situ, tambahnya, CCCT berperanan menanamkan budaya berdikari dan berdaya saing di kalangan pelajar mereka agar menjadi generasi yang lebih bersiap sedia, berkebolehan, berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi dan mengharungi Abad Ke-21 yang semakin moden dan tanpa sempadan ini.
Seterusnya Yang Berhormat pasti CCCT sebagai institusi pengajian tinggi swasta, akan terus melangkah maju dan mendokong dasar pendidikan negara serta sama-sama memainkan peranan sebagai pemangkin serta pelengkap kepada pendidikan tinggi di negara ini.


"Saya berharap, kejayaan yang diperolehi oleh bakal graduan pada pagi ini akan menggalakkan lebih ramai pelajar yang berkeinginan untuk melanjutkan pelajaran dengan mengambil peluang-peluang yang ada ditawarkan.


"Pada masa yang sama, saya berharap pihak Institusi Pendidikan Tinggi Swasta juga akan berusaha untuk mempertingkatkan 'graduates employability' dengan mengadakan kerjasama dalam bentuk penempatan (placement) atau latihan kerja (apprenticeship) dengan pihak-pihak firma atau syarikat-syarikat awam dan swasta," katanya lagi.

 

Yang Berhormat menekankan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal yang diperolehi para graduan CCCT juga diharapkan akan menjadikan mereka mampu menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan dan dunia luar (real life).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19