Home > Breaking News
Bertukar-Tukar Pandangan, Kembangkan Kerjasama Dua Hala
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
November 9th, 2023 | 10:09 AM | 71 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng.
Semasa Majlis Mengadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng telah menekankan kepentingan dalam meningkatkan hubungan erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang kian lama sudah dijalin.
Ke arah ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama telah bertukar-tukar pandangan mengenai usaha-usaha dalam mengembangkan lagi kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, termasuk dalam bidang ekonomi, pelaburan, perdagangan serta pembinaan kapasiti.
Turut hadir semasa Majlis Mengadap tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]