FacebookInstagramTwitterContact

 

China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


473 graduan Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan Terima Sijil


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada salah seorang graduan yang telah menamatkan pengajian di kolej tersebut. |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 November 13th, 2016  |  10:40 AM  |   1223 views

JERUDONG

 

Sabtu, 12 November. - Kolej Perdagangan dan Teknologi Cosmopolitan (CCCT) melakar sejarah kejayaannya dengan menyaksikan seramai 473 graduan menerima sijil pengiktirafan masing-masing di Majlis Konvokesyen kali yang ke-10 hari ini.


Penyampaian sijil-sijil kepada para graduan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada majlis yang berlangsung di Indera Samudera Grand Hall, Empire Hotel and Country Club.


Pengerusi CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz bin Haji Abd. Latip dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan, peluang pekerjaan di negara ini semakin tipis dan majikan sekarang bukan saja menilai kelayakan tetapi sumbangan melalui potensi pekerja itu kepada organisasi.


Oleh itu, katanya, CCCT mewujudkan 'Supervised Work Attachment Workshop' bagi membantu para pelajarnya dalam tatacara mengenai pemahaman kemahiran mereka, seterusnya mempraktikkannya ke dalam industri dan hasil usaha bengkel itu kebanyakannya memuaskan para majikan di negara ini.


Para pelajar di CCCT, Dr. Haji Abdul Aziz percaya mereka didedahkan dengan pengalaman sebenar dalam mengendalikan perniagaan terutama pelajar dalam jurusan IT dan program-program perniagaan dan usaha itu membuahkan hasil melalui para pelajar yang menjadi usahawan.


Selain itu, CCCT tambahnya telah memulakan program baru iaitu Gaming Animation and Technology dan tindak balas program itu sangat menggalakkan serta berharap para pelajar akan dapat menyumbang ke dunia global setelah menamatkan program tersebut.


Tiga graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi Program BDTVEC iaitu, Dayang Adinasuaedah binti Awang Damit, Muhammad Razi bin Haji Sharbini dan Siti Amal Munirah binti Yahya.


Kejayaan konvokesyen kali ini juga memperlihatkan seramai 34 graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Computing, Business Management dan Business Accounting, 128 dalam Diploma IT dan Business Administration, 210 Skilled Certificate III in IT and Business Administration, 80 graduan Skilled Certificate II in IT and Business Administration, 10 NCC International Certificate of Business dan International Diploma in Business, tiga graduan dalam LCCI Level 3 dan lapan International Diploma in Gaming and Animation Technology.


CCCT sudah pun menjangkau usia ke-12 tahun dan sejak dari penubuhannya itu seramai lebih kurang 1,806 penerima sijil dan ijazah dalam berbagai bidang dan kelulusan.


Para graduan diharap agar memiliki daya saing yang positif, ke arah mewujudkan generasi inovatif dalam bidang teknologi dan bisnes perniagaan.

 

Setentunya dengan bertambahnya jumlah graduan berikutan konvokesyen ini, akan menyumbang kepada pencapaian Wawasan Brunei 2035 iaitu negara yang mempunyai warga yang berpendidikan dan kemahiran tinggi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54