Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja FAPW
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPNBD) menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) berlangsung di Istana Nurul Iman. |FOTO : PELITA BRUNEI (Ampuan Mahmud bin Ampuan Tengah)
November 13th, 2016 | 10:44 AM | 1915 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sabtu, 12 November. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri, Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific World Association of Girl Guides and Girl Scouts (FAPW), berlangsung di Istana Nurul Iman.
Antara Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja FAPW yang hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Penasihat FAPW daripada Republik Korea, Dr. Juseon Byun; Pengerusi FAPW daripada Republik Filipina, Susan Locsin; Timbalan Pengerusi FAPW daripada Australia, Helen Hargreaves; termasuk ahli daripada Jepun, Junko Sato; ahli daripada Hong Kong SAR, Peggy Lee Fook Tai; Sun Kyo Jung dari Republik Korea dan Pengerusi Asia Pasific Region dari Republik Filipina, Judge Marybelle Marinas.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPNBD) menerima mengadap Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Friends of Asia Pacific WAGGGS (FAPW) berlangsung di Istana Nurul Iman.
Rombongan berada di negara ini bagi menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Tadbir, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) bagi persediaan 'The 5th General Assembly FAPW' yang akan diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Mac 2017.
Juga hadir pada majlis mengadap tersebut ialah Ketua Pesuruhjaya, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Ali; Pesuruhjaya Antarabangsa PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini dan Pesuruhjaya Kehormat PPPBD, Dayang Aida binti Haji Abd. Rahman.
Source:
@BRUDIRECT.COM
by Hezlinawati Haji Abdul Karim
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]