FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Riadah Berkuda sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Ke-77


Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

 


 November 13th, 2023  |  07:43 AM  |   182 views

JERUDONG

 

Persatuan Polo Diraja Brunei buat kali ketiga menganjurkan Acara Riadah Berkuda sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77, Tahun 2023.

 

Berangkat mengepalai Acara Riadah Berkuda tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Penaung Diraja Persatuan Polo Diraja Brunei.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Jerudong Park Polo and Riding Club, dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong selaku Pengerusi Persatuan Polo Diraja Brunei.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima pesambah dan seterusnya berkenan dijunjung bagi beberapa sesi bergambar ramai sebelum Acara Riadah Berkuda bermula.

 

Berangkat sama menyertai Riadah Berkuda ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah selaku Presiden Persatuan Polo Diraja Brunei serta kerabat diraja yang lain.

 

Acara Riadah Berkuda juga turut disertai oleh para Pemain Polo Veteran yang bermula dari Padang No. 1, Jerudong Park Polo and Riding Club menuju persisiran Pantai Jerudong di kawasan Jerudong Park Polo and Riding Club dan kemudian menyelusuri kawasan Pasar Jerudong yang dikenali sebagai Pasar Ikan Pantai Jerudong.

 

Pasar tersebut mempunyai keluasan 4.572 ekar dan dibina serta ditadbir oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 1 Januari 2006, yang kemudian diserahkan kepada Jabatan Daerah Brunei dan Muara untuk mentadbirnya.

 

Dengan menyelusuri perjalanan sepanjang pantai, bukan sahaja memberikan pemandangan yang indah lagi menyegarkan, bahkan memberikan ketenangan dan kenyamanan dengan pemandangan sekeliling yang ditutupi dengan pokok-pokok yang rimbun menghijau serta keindahan pantai dan laut yang segar terbentang luas.

 

Perjalanan Acara Riadah Berkuda kemudiannya berakhir sejurus memasuki pekarangan The Empire Brunei, dan kemudian perjalanan diteruskan dengan menaiki kenderaan ATV melalui laluan menuju Indera Samudera, The Empire Brunei sebelum berakhir di pekarangan Pantai Restaurant, The Empire Brunei.

 

Berangkat sama dan seterusnya menaiki kenderaan ATV ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah serta kerabat diraja yang lain.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda serta kerabat diraja yang lain dijunjung berangkat ke Majlis Santap.

 

Kebawah DYMM berkenan memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-77, yang disembahkan oleh Persatuan Polo Diraja Brunei.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM sekali lagi berkenan dijunjung bagi mengabadikan kenangan bersama di pekarangan Pantai Restaurant, The Empire Brunei.

 

Dengan keramaian lebih daripada 50 ahli, Persatuan Polo Diraja Brunei ditubuhkan pada tahun 2017 bagi mengambil alih formasi Royal Brunei Polo Club yang berdaftar pada awal tahun 80-an, yang dikepalai oleh baginda sebagai Presiden, manakala Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit sebagai Pengerusi dan Pengurus Am Polo Club.

 

Melalui Acara Riadah Berkuda ini bukan sahaja dapat memberikan suntikan semangat kepada orang ramai, bahkan mampu memberikan gambaran yang positif pada perkembangan sukan berkuda di negara ini, sama ada sukan polo, ekuestrian dan sebagainya.

 

Dengan penglibatan baginda berserta kerabat diraja juga dapat menjadi inspirasi dan dorongan semangat bagi rakyat untuk melakukan serta menjadikan Acara Riadah Berkuda sebagai salah satu aktiviti kecergasan fizikal ke arah cara hidup yang sihat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir, Rohani Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10