Home > In The Court
Denda BND32,000 Miliki Rokok, Minuman Keras
November 24th, 2023 | 15:35 PM | 5538 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Bangladesh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan, Mohamed Sohel, berumur 35 tahun dijatuhkan hukuman oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni di Mahkamah Majistret, hari ini.
Defendan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND32,000 atau 23 bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda.
Defendan didapati memiliki 23 karton rokok pelbagai jenis, tiga botol dan sembilan tin minuman keras pelbagai jenis dan memiliki lapan paket rokok pelbagai jenis dan wang sebanyak BND2,200.
Defendan ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) di sebuah rumah di Kampung Sengkurong pada 24 Oktober 2023.
Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan dan wang tunai dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]